Penang International Hiking Challenge pada 22 April

Admin

Oleh: NORSHAHIDA YUSOFF

LYDIA Ong Kok Fooi (tengah, depan) bergambar bersama barisan penaja Penang International Hiking Challenge pada majlis sidang media di sini baru-baru ini.
LYDIA Ong Kok Fooi (tengah, depan) bergambar bersama barisan penaja Penang International Hiking Challenge pada majlis sidang media di sini baru-baru ini.

GEORGE TOWND’nonce Technology Bhd. dan Penang Adventurer’s Club menyasarkan peserta seawal usia lapan tahun dalam penyertaan acara Penang International Hiking Challenge yang bakal berlangsung pada 22 April ini bertempat di Taman Perbandaran Pulau Pinang.

Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti, Lydia Ong Kok Fooi berkata, acara tersebut adalah hasil sokongan daripada Kerajaan Negeri Pulau Pinang bersama dengan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) dan Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang.

“Penganjuran acara ini terbuka kepada semua warga Pulau Pinang mahupun peserta antarabangsa agar sama-sama mengamalkan gaya hidup sihat.

“Harapan kita agar dapat memperluaskan jaringan pejalan kaki terutamanya di negeri ini sehingga ke peringkat antarabangsa,’’ katanya pada majlis sidang akhbar bersama barisan penganjur di sini baru-baru ini.

hiking1

Tambahnya, para peserta akan ‘dilepaskan’ dari Taman Perbandaran seawal 7 pagi dan dijangka menamatkan pertandingan tiga jam kemudian.

Jarak pejalan kaki terdiri daripada dua kategori iaitu 3.5km bagi Fun Hike yang akan melibatkan kanak-kanak di bawah usia 13 tahun. Manakala, bagi kategori Competitive Hike dengan jarak perjalanan 9.5 km melibatkan peserta seawal usia 13 tahun sehingga 49 tahun.

“Penganjuran acara ini juga turut mendapat tajaan daripada Brooks, Penang Port Sdn. Bhd., Zaid Ibrahim & Co., Public Bank dan Maybank,” jelas beliau.

Maklumat lanjut layari, www.dpihc.com.