Permohonan lot gerai MBPP secara dalam talian dibuka sehingga 27 Mac

GEORGE TOWN – Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) akan mengadakan sesi temuduga awam secara dalam talian pada 29 Mac 2022 bagi mengisi kekosongan 78 tapak gerai meliputi pasar, kompleks serta tapak penjaja di 18 lokasi sekitar bahagian Pulau.

Ahli Majlis MBPP, Nicholas Theng Jie Wey dalam pada itu berharap mereka yang berminat untuk menyewa lot gerai dipelawa membuat permohonan berwajib mulai pada hari ini (21 Mac 2022) sehingga 27 Mac 2022 menerusi portal pihak berkuasa tempatan (PBT) berkenaan, https://elesen.mbpp.gov.my.

“Pemohon yang tidak berdaftar dalam tempoh ini iaitu 21 hingga 27 Mac 2022, mereka tidak layak untuk menyertai sesi temu duga tersebut,” jelasnya yang juga Pengerusi Panel Temu Duga & Hal Ehwal Unit Perniagaan Kecil MBPP dalam sesi telesidang menerusi aplikasi Zoom pada 21 Mac 2022.

Seberang pertanyaan, boleh hubungi Jabatan Pelesenan MBPP menerusi talian 04- 2638 818 sambungan 307/308/309/310.

Oleh : ZAINULFAQAR YAACOB
Gambar : NOOR SITI NABILAH NOORAZIS