Pickle Outlet di Batu Kawan, sukan inklusif kini lebih aksesibel

img 9281

BUKIT TAMBUN – Kemudahan sukan pickleball baharu, Pickle Outlet di Design Village Mall, kini dibuka secara rasmi sekali gus memperluas akses kepada aktiviti riadah inklusif untuk masyarakat setempat.

img 9277

Exco Belia, Sukan dan Kesihatan, Daniel Gooi Zi Sen berkata, pembukaan fasiliti tersebut bukan sahaja menyediakan ruang bersukan, malah berpotensi menjadi hab sosial yang menggalakkan gaya hidup aktif.

 

“Sukan pickleball ini bersifat inklusif dan mesra semua peringkat umur, sama ada pemain baharu atau profesional, lelaki mahupun wanita semuanya boleh terlibat.

img 9285

“Ini menjadikan Pickle Outlet sebagai platform terbaik untuk memupuk budaya hidup sihat dalam komuniti,” katanya ketika merasmikan pembukaan kemudahan tersebut di sini kelmarin.

 

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Padang Lalang turut memuji inisiatif penyediaan Paddle Donation Corner yang menggalakkan amalan kitar semula peralatan sukan.

 

Zi Sen berkata, lokasi strategik di Batu Kawan dijangka menarik lebih ramai pengunjung serta peminat baharu sukan pickleball.

 

“Saya yakin kemudahan ini mampu muncul sebagai antara lokasi pickleball utama di Pulau Pinang,” ujarnya.