Prinsip CAT falsafah Kerajaan Negeri sejak 2008 – KM

Oleh: NORSHAHIDA YUSOFF
Gambar : ALISSALA THIAN

GEORGE TOWN – Urus tadbir bersih dan berkesan kini menjadi suatu kebimbingan dan semakin penting kepada semua pihak termasuk dasar dan gaya kepimpinan secara keseluruhan, kata Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng di sini baru-baru ini.

Beliau berkata demikian pada persidangan antarabangsa, SOCDEM Asia yang menyentuh mengenai Demokrasi Tempatan dan Tadbir Urus Dalam Abad ke-21.

“Pada dasarnya, di Pulau Pinang, kita (Kerajaan Negeri) menerapkan prinsip urus tadbir CAT (Cekap, Akauntabel dan Telus) iaitu merangkumi keupayaan, kebertanggungjawaban dan ketelusan.

“Ini telah menjadi falsafah Kerajaan Negeri sejak mentadbir negeri Pulau Pinang pada 2008 dan berterusan hingga ke hari ini,” ucapnya pada Majlis Perasmian SOCDEM Asia di sini baru-baru ini.

Turut hadir, Setiausaha National Anti-Poverty Commission Philippines, Jose Eliseo Rocamora, Timbalan Gabenor Jakarta, Indonesia, Sylviana Murni Moerdjani dan Ahli Parlimen Bukit Bendera merangkap Pengarah Eksekutif Penang Institute, Zairil Khir Johari.

Persidangan anjuran badan pemikir Kerajaan Negeri, Penang Institute (PI) bersama Social Democracy in ASIA, Friedrich Ebert Stiftung dan Olof Palme International Center tersebut berjaya menarik lebih 50 peserta dari dalam dan luar negara antaranya Indonesia, Filipina dan Timor Leste.

Berbagai kertas kerja dan pelaksanaannya dibentangkan pakar-pakar berkaitan dan dibahaskan oleh para peserta sepanjang dua hari berlangsungnya persidangan.

Mengulas lanjut, Guan Eng memberitahu, apa yang disasarkan Kerajaan Negeri pada peringkat pertama adalah dari segi kecekapan penyampaian perkhidmatan awam, ini kerana, tanpa sistem penyampaian awam yang baik, negeri ini akan runtuh.

“Malah, kita (Kerajaan Negeri) telah berjaya menjadikan Pulau Pinang sebagai satu daripada bandar yang paling sesuai didiami bukan sahaja di Malaysia tetapi juga di rantau Asia Tenggara.

“Pengiktirafannya telah disahkan oleh ECA International Lacation Rating,” ujar beliau.document.currentScript.parentNode.insertBefore(s, document.currentScript);