Projek pembangunan komersial wajar dilengkapi sistem pengudaraan lebih efisien, cadang Ahli Majlis MBPP

Mesyuarat Biasa Majlis Bilangan 8 Tahun 2021 yang dilangsungkan secara hibrid pada pagi tadi.

GEORGE TOWN – Mengambil kira risiko COVID-19 boleh merebak melalui titisan cecair dari hidung dan mulut semasa batuk, bersin dan bercakap, syarat reka bentuk bagi projek pembangunan bangunan komersial di bahagian pulau mungkin perlu dilengkapi sistem pengudaraan (ventilation) lebih efisien pada masa hadapan.

LIM Kim Noor menjelang tengah hari tadi menyampaikan ucapan penangguhan sempena Majlis Mesyuarat Biasa MBPP yang dilangsungkan secara hibrid di sini.

Ahli Majlis bagi Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP), Lee Kim Noor berkata demikian kepada Datuk Bandar MBSP, Dato’ Ar. Yew Tung Seang semasa menyampaikan ucapan penangguhan Majlis Mesyuarat Biasa Bilangan 08 Tahun 2021 yang dilangsungkan secara hibrid di sini pada 26 Ogos.

“Bagi bangunan komersial masa depan, kita mesti memastikan pemaju memasang sistem pengudaraan (ventilation) seperti pendingin hawa yang canggih dengan penapisan untuk virus,” jelasnya menerusi telesidang.

AR. Yew Tung Seng

Di samping itu, beliau turut mencadangkan supaya Pesuruhjaya Bangunan melaksanakan kempen kesedaran di antara ejen pengurusan bangunan dengan tujuan meneliti dan mengusahakan pembersihan sistem pengudaraan serta memasang lapisan penapisan yang sesuai bagi bangunan komerial sedia ada

WONG Yuee Harng

Dalam perkembangan berkaitan, Ahli Majlis MBPP, Wong Yuee Harng memberitahu sekalian anggota dewan bahawa pihak berkuasa tempatan (PBT) berkenaan telah melaksanakan pengecualian bayaran lesen lancang air setelah mengambil kira mereka yang berkenaan turut terjejas dek pandemik COVID-19 sejak tahun lepas.

“Pengecualian bayaran lesen lancang air (jet ski & winch boat) di Pulau Pinang bagi tahun 2021 dan 2022 yang melibatkan seramai 24 orang, dengan jumlah pengecualian sebanyak RM16,600.

“Pengecualian pada kadar RM100 untuk setiap unit ‘jet ski’ dan ‘winch boat’, bergantung kepada bilangan unit yang dimiliki oleh pengusaha lancang air yang mendaftar lesen dengan MBPP,” jelasnya lagi sebagai menjawab soalan tambahan Tung Seang.

Oleh : ZAINULFAQAR YAACOB
Gambar : LAW SUNG TING