Pulau Pinang terus rancakkan industri pelaburan tingkat ekonomi rakyat – Ketua Menteri

Admin
KETUA Menteri (dua dari kiri) diiringi Muhammad Faiz Fadzil (kiri sekali) semasa melawat salah satu khemah pelatih Giat Mara dalam kemahiran memangkas rambut di sini pada 17 Jun 2023.

PERMATANG PASIR – Kira-kira RM120 bilion pelaburan masuk ke Pulau Pinang sejak lima tahun lepas telah membawa pelbagai limpahan pembangunan kepada percambahan ekonomi serta kemakmuran rakyat yang berbilang kaum di negeri ini,

KETUA Menteri

Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Chow Kon Yeow yang juga Exco Pembangunan Tanah dan Ekonomi dan Komunikasi berkata demikian semasa berucap dalam acara Jelajah Ketua Menteri ❤️PENANG Kawasan Dewan Undangan Negeri (KADUN) Permatang Pasir di Giat Mara Permatang Pauh dekat sini pada 17 Jun 2023.

“Saya memang puas hati dengan pencapaian pelaburan sektor-sektor industri di negeri Pulau Pinang yang mencatatkan sehingga RM120 bilion dalam tempoh lima tahun ini.

“Itulah strategik ekonomi di Pulau Pulau (iaitu) kita (Kerajaan Negeri) merancakkan pembangunan ekonomi dan industri, sebab dari situlah limpahan (kemakmuran) ekonomi akan berlaku,” jelasnya dalam majlis berkaitan.

KETUA Menteri menyempurnakan acara pelepasan konvoi motosikal Jelajah Ketua Menteri ❤️PENANG KADUN Permatang Pasir ke Penanti di perkarangan Giat Mara Permatang Pauh di sini tadi.

Di samping itu, Kon Yeow yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Padang Kota merangkap Ahli Parlimen Batu Kawan menyatakan bahawa pentadbirannya komited dalam menjalinkan kerjasama dengan agensi-agensi Persekutuan berwajib di Pulau Pinang seperti Giat Mara dalam melahirkan modal insan berkualiti di negeri ini.

Sebelum itu, ADUN Permatang Pasir, Muhammad Faiz Fadzil dalam ucapannya berkata bahawa limpahan kemakmuran ekonomi rakyat selama lima tahun ini dapat dikecapi bersama-sama semua pihak adalah disebabkan kestabilan Kerajaan Negeri di bawah pentadbiran Kon Yeow.

Menurut beliau lagi, kestabilan Kerajaan Negeri hari ini bukan sahaja menggamit lebih ramai pelabur domestik dan pelabur asing ke Pulau Pinang, malah sekali gus menyediakan lebih banyak peluang kerjaya yang berkualiti untuk sekalian rakyat berbilang kaum.

Hadir sama, Pengurus Kanan Giat Mata Proma Tasek Gelugor, Mohamed Ferdous Othman (wakil Pengarah Giat Mara Negeri Pulau Pinang) dan Pengurus Giat Mara Permatang Pauh, Siti Rozaina Mohd Rodzi turut sertai majlis tersebut di sini tadi.

ACARA penyampaikan cek replika RM30,000 sumbangan Ketua Menteri kepada pentadbir Kelas KAFA Taman Ara Indah, Permatang Pauh di sini tadi.

Dalam acara berasingan sebelum itu, jerayawara Kon Yeow turut meluangkan masa menyertai Majlis Penyampaian Anugerah Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) kepada para pelajar cemerlang di Dewan Orang Ramai Taman Ara Indah, Permatang Pasir.

Serentak pada majlis sama, beliau dengan diiringi Muhammad Faiz turut menyampaikan sumbangan cek replika berjumlah RM30,000 untuk kerja-kerja penarafan dewan orang ramai tersebut kepada Pengerusi KAFA Taman Ara Indah, Sharif Saad.

Oleh : ZAINULFAQAR YAACOB
Gambar : AHMAD ADIL MUHAMAD
Video : SITI NURATIKAH RAHMATa