PVTTBM Pulau Pinang adakan kunjungan hormat ke atas Ketua Menteri

Admin

GEORGE TOWN – Yang di-Pertua Persatuan Veteran Tentera Tidak Berpencen Malaysia (PVTTBM) Bahagian Pulau Pinang, Abu Hasan Abd. Malik mengetuai delegasi pihak berkaitan mengadakan kunjungan hormat ke atas Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Chow Kon Yeow di Komtar petang ini.

KETUA Menteri mendengar penjelasan Abu Hasan Abd. Malik (kiri) pada pertemuan di Komtar, tadi.

Dalam pertemuan itu, Abu Hasan mewakili PVTTBM Bahagian Pulau Pinang menyatakan sokongan terhadap Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

Selain berkongsi sejarah penubuhan PVTTBM, turut dibincangkan adalah hal ehwal kebajikan ahli-ahli persatuan serta hasrat untuk mendapatkan ruang pejabat bagi pengoperasian harian di George Town.

Difahamkan, sejak ditubuhkan pada 10 Disember 2012, PVTTBM Bahagian Pulau Pinang kini mempunyai 10,670 ahli.

Oleh : AINUL WARDAH SOHILLI
Gambar : ALISSALA THIAN