RM657,000 ke arah ‘negeri hijau’

Oleh : ZAINULFAQAR YAACOB

GEORGE TOWN – Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng berkata, peruntukan Kerajaan Negeri kepada Penang Green Council (PGC) berjumlah RM657,000 bagi tahun ini diharap dapat mempercepatkan impian bersama untuk menjadikan Pulau Pinang sebagai ‘negeri hijau’.

“Sebelum ini, sebanyak RM327,000 diperuntukan, kini, telah ditambahkan kepada RM657,000, iaitu tambahan sebanyak RM330,000.

“Insentif Inovasi Hijau Pulau Pinang ini ditambah RM200,000 lagi, daripada RM200,000 kepada RM400,000, untuk mencari penyelesaian serta teknologiteknologi yang inovatif supaya dapat memastikan kehidupan hijau di negeri ini,” jelasnya pada sidang media berhubung inisiatif hijau Kerajaan Negeri di sini baru-baru ini.

Guan Eng yang diiringi barisan Exco Kerajaan Negeri, Ahli Lembaga PGC dan Pengurus Besar PGC, Thing Siew Shuen turut menyempurnakan majlis pelancaran kempen “Praktikan Amalan Hijau, Demi Perubahan” pada majlis berkaitan.

Guan Eng memberitahu, peruntukan RM657,000 tersebut adalah untuk membiayai enam program ‘hijau’ tahunan negeri.

“Peruntukan Program Insentif Inovasi Hijau berjumlah RM400,000, Projek Pejabat Hijau (RM110,000), Insentif Penuaian Air Hujan (RM10,000), Anugerah Sekolah Hijau (RM85,000), Anugerah Kewartawanan Hijau (RM28,000) dan Anugerah Video Hijau (RM14,000).

Tiada peruntukan untuk dua program lain, iaitu Anugerah Pemuliharaan Alam Sekitar dan Anugerah Kemampanan Alam Sekitar.

“Semua program insentif ini juga adalah untuk menggalakkan pembangunan dan penggunaan sumber (secara) mampan,” jelasnya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Air Putih.

document.currentScript.parentNode.insertBefore(s, document.currentScript);