Status TYT Pulau Pinang, tunggu keputusan muktamad Pusat, respons Ketua Menteri

Admin

GEORGE TOWN – Status Yang Dipertua Negeri (TYT) Pulau Pinang akan diputuskan di peringkat Kerajaan Persekutuan.

Demikian respons Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Chow Kon Yeow ketika ditanya mengenai kedudukan Tun Dr. Abdul Rahman Abbas sebagai TYT sehingga tempoh April ini.

“Kerajaan Negeri saling berbincang dengan Kerajaan Persekutuan berhubung perkara ini, maka kita tunggu pengumuman rasmi mereka (Kerajaan Persekutuan),” responsnya kepada pemberita selepas acara pengumuman anugerah pemenang pertandingan idea Penang Bay peringkat antarabangsa di sini pada 9 Mac 2021.

Beliau yang juga Exco Pembangunan Tanah & Ekonomi dan Komunikasi turut menjelaskan bahawa pentadbirannya ada membuat balasan surat rasmi kepada Kerajaan Persekutuan berhubung status TYT negeri sebelum ini.

Oleh : ZAINULFAQAR YAACOB
Gambar : MUHAMAD AMIR IRSYAD OMAR
Video : NOOR SITI NABILAH NOORAZIS