Surau An-Nur E-Garden wajah baharu, lebih kondusif untuk komuniti setempat

Admin
whatsapp image 2026 05 07 at 12.05.52

GEORGE TOWN – Surau An-Nur di E-Garden kini tampil dengan wajah baharu yang lebih selesa, kondusif dan mesra komuniti selepas selesai menjalani kerja-kerja naik taraf menerusi peruntukan Parlimen Bukit Bendera berjumlah RM84,255.

 

Ahli Parlimen Bukit Bendera, Syerleena Abdul Rashid berkata, projek tersebut merupakan sebahagian daripada usaha memperkukuh peranan institusi surau bukan sahaja sebagai tempat ibadah, malah sebagai pusat pembangunan komuniti setempat.

 

Menurut beliau, projek naik taraf yang dilaksanakan oleh kontraktor milikan bumiputera itu bermula pada 6 Januari 2026 dan berjaya disiapkan sepenuhnya pada 30 Mac lalu.

 

Saya amat berbesar hati dapat bersama-sama komuniti di Surau An-Nur, E-Garden yang kini dinaik taraf demi memberikan keselesaan lebih baik kepada para jemaah dan penduduk sekitar.

 

“Surau bukan sekadar tempat menunaikan ibadah, tetapi turut menjadi ruang masyarakat berkumpul, menimba ilmu, mengeratkan silaturahim serta menyemai semangat kebersamaan dalam komuniti,” katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian Surau An-Nur di E-Garden.

whatsapp image 2026 05 07 at 12.05.51
SYERLEENA Abdul Rashid hadir ke Majlis Perasmian Surau An-Nur E-Garden dekat sini baru-baru ini.

Beliau turut berharap kemudahan baharu yang disediakan mampu menghidupkan lagi fungsi Surau An-Nur sebagai pusat aktiviti komuniti yang inklusif, aktif dan memberi manfaat kepada semua lapisan masyarakat.

 

Dalam pada itu, Syerleena menegaskan bahawa amanah sebagai wakil rakyat perlu dilaksanakan dengan penuh tanggungjawab, keikhlasan dan tanpa mengira latar belakang atau fahaman politik.

 

Katanya, nilai-nilai agama sentiasa menjadi panduan utama dalam memastikan kebajikan rakyat terus diberi perhatian dan keutamaan.

whatsapp image 2026 05 07 at 12.05.52 (1) whatsapp image 2026 05 07 at 12.05.51 (1)

Dalam majlis sama, beliau turut merakamkan penghargaan kepada jawatankuasa Surau An-Nur, para sukarelawan, pihak kontraktor serta seluruh komuniti E-Garden atas kerjasama dan komitmen yang diberikan dalam menjayakan projek naik taraf tersebut.