Tangguh program gotong-royong jika jerebu kian teruk – Ahli Majlis

PENAGA – Beberapa program gotongroyong komuniti anjuran Ahli Majlis Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) sendiri mungkin ditangguhkan jika Indeks Pencemaran Undara (IPU) kian mencecah bacaan sangat tidak sihat.

Menurut Ahli Majlis MPSP, Zaini Awang, komuniti disarankan duduk di rumah sahaja jika bencana jerebu kian teruk, sungguhpun program gotongroyong komuniti demi mencegah penukaran kes demam denggi juga adalah keutamaan bersama.

“IPU di Seberang Perai pada 15 September 2015 adalah 163, dalam paras tidak sihat.

“Seperti pada awal pagi Sabtu (12 September 2015), bacaan IPU 91, masih dalam bacaan sederhana saja.

“Jika mencecah bacaan 100 hingga 200 (tidak sihat) atau 200 hingga 300 (sangat tidak sihat) sebelum cecah bacaan bahaya (melebihi 300), komuniti lebih digalakkan duduk di rumah sahaja.

“Gotong-royong cegah pembiakan denggi ini memang penting, tetapi, jaga kesihatan masa jerebu juga lebih penting,” jelasnya pada Majlis GotongRoyong Bersama-Sama Ahli Majlis MPSP di Kampung Datuk di sini barubaru ini.

Hampir 100 orang sertai program komuniti, dengan sokongan Jawatankuasa Kemajuan & Keselamatan Komuniti (JKKK) Kampung Datuk.

} else {