TUDM (A) ungguli hoki dewan MAKSAK, wakili negeri

Gambar : ALISSALA THIAN & MPSP

GEORGE TOWN – Pasukan A Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM A) menepati ramalan sebagai pasukan
pilihan selepas muncul juara pertama Kejohanan Hoki Dewan (Lelaki) anjuran Majlis Kebajikan dan Sukan A n g g o t a – a n g g o t a  K e r a j a a n (MAKSAK) Pulau Pinang di sini baru-baru ini.
Naib Johan dimenangi Pasukan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) manakala Pasukan TUDM B dan Pasukan PESSCA (Majlis Sukan dan Kebudayaan Perkhidmatan Pendidikan) Pulau Pinang masing-masing menduduki tempat ketiga dan keempat.

Menurut Yang di-Pertua MPSP, Dato’ Maimunah Mohd. Sharif selaku Pengerusi Pengelola Kejohanan, kejohanan yang julung kali diadakan tersebut bertujuan memilih pemain-pemain hoki dewan kategori lelaki bagi mewakili Pulau Pinang ke kejohanan peringkat kebangsaan.

“Penganjuran kejohanan ini merupakan manifestasi terhadap usaha M A K S A K  d a l a m  memberi pengiktirafan kepada usaha gigih pasukan sukan hoki dewan di Pulau Pinang terutamanya dalam kalangan penjawat awam.

“Sebagai anggota perkhidmatan awam, kita sebenarnya mempunyai peranan membudayakan sukan di jabatan masing-masing sekali gus menyahut saranan Y.A.B. Ketua Menteri agar penjawat awam mendokong empat inisiatif Kerajaan Negeri iaitu Bersih, Hijau, Sihat dan Selamat,” katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian Penutup dan
Penyampaian Hadiah Kejohanan Hoki Dewan (Lelaki) di Gelanggang Hoki Tertutup, Sekolah Penang Free di sini baru-baru ini.

Turut sama, Setiausaha MAKSAK Pulau Pinang, Yusbita Yaakub.

Jelas Maimunah, sukan juga merupakan antara medium yang berkuasa dalam menyatukan masyarakat tanpa mengira pangkat, usia, jantina dan bangsa.

“Ia sejajar dengan misi MAKSAK dalam menjadi penghubung mengeratkan silaturahim antara anggota perkhidmatan awam di samping membantu melahirkan anggota perkhidmatan awam yang sihat, cergas, berdisiplin, komited dan berdaya saing.

“Sekalung tahniah dan syabas kepada seluruh anggota kerja MAKSAK amnya, pegawai-pegawai
pengelola dari MPSP dan para pemenang dalam usaha memartabatkan bidang sukan dalam perkhidmatan
awam,” ujar beliau.
Kejohanan Hoki Dewan (Lelaki) 2015 memperlihatkan format permainan lima sebelah secara liga satu kumpulan bagi penentu posisi juara.