Urut tradisional Warisan Pak Yusoff peroleh pengiktirafan saintifik

Admin

Oleh: YAP LEE YING
Gambar: LAW SUUN TING

MUHAMAD Nor Yusoff.
MUHAMAD
Nor Yusoff.

ISTIMEWANYA tukang urut di Jalan Imam Haji Harun. Mukim E, Titi Teras, Balik Pulau adalah beliau tidak pernah meletakkan caj upah bagi setiap rawatan yang dirawatinya.

Sebaliknya, di atas komitmen beliau untuk menyembuh dan membantu para pesakit, upah rawatan yang dikenakan adalah terpulang kepada keikhlasan inidividu (pesakit) itu sendiri.

Malah, untuk tiba ke kediamannya yang terletak di hujung jalan kampung juga tidak dilengkapi dengan sebarang tanda arah. Namun, disebabkan ‘populariti’ dan keberkesanan rawatannya yang menjadi buah mulut orang ramai menjadikan perjalanan untuk ke kediamannya amat mudah sekali.

“Saya tiada niat untuk buat perniagaan. Sekadar untuk membantu, sebab saya kesian tengok orang sakit terutamanya apabila bertandang ke hospital. Saya memang terasa nak bantu. Memang saya tak pernah letak harga rawatan. Terpulang kepada orang (pesakit) nak bagi,” kata pengamal rawatan tradisional urut dan membetulkan tulang, Muhamad Nor Yusoff, 41 kepada Buletin Mutiara (BM) ketika ditemui di kediamannya di sini baru-baru ini.

Kebetulan ketika sesi temubual diadakan, Muhamad Nor baru selesai merawat pesakit dari Kuala Kangsar, Perak yang patah tulang kaki. Justeru, beliau mempunyai masa untuk menjawab persoalan-persoalan diutarakan BM.2

Anak sulung daripada lima beradik itu memberitahu bahawa beliau juga tidak menjual produk ubat-ubatan seperti minyak urut, minyak panas dan ubat makan yang diperbuat daripada herba olehnya sendiri walaupun terdapat permintaan daripada banyak pihak.

“Memang banyak pihak termasuk doktor perubatan dan pihak farmasi minta ubat-ubat saya dipasarkan, namun, saya takut ada pihak tidak bertanggungjawab mengambil sampel yang ada dan jual yang palsu iaitu dengan campuran bahan-bahan lain bagi mengaut keuntungan,’’ jelas beliau.

MUHAMAD Nor Yusoff s e d a n g m e n g u r u t betis seorang pesakit yang cedera pada pergelangan kaki ekoran terlibat dalam k e j a d i a n kemalangan.
MUHAMAD Nor Yusoff sedang mengurut
betis seorang pesakit yang cedera pada pergelangan
kaki ekoran terlibat dalam kemalangan.

Tidak dinafikan, selain ilmu selama 30 tahun yang dituntut daripada Allahyarham bapanya yang lebih dikenali sebagai Pak Yusoff, Muhamad Nor turut menyatakan bahawa ‘anugerah’ pada dirinya adalah diperoleh daripada mimpi iaitu ketika beliau mula berjinak-jinak di dalam bidang tersebut pada tahun 1970- an.

Ketika ditanya mengenai pantang larang sebagai seorang tukang urut, Muhamad Nor hanya tersenyum sambil menyatakan bahawa hanya orang sakit yang perlu berpantang. Antara makanan yang perlu dielakkan sekiranya seseorang mengalami patah tulang adalah ayam (menghalang pertumbuhan isi), daging dan ais (menyebabkan bengkak).

Bercerita mengenai pengalaman rawatan yang tidak dapat dilupakan, Muhamad Nor menyatakan bahawa kejadian tersebut berlaku sekitar tahun 2003 dan 2004.

“Pesakit tersebut terlibat dalam kemalangan jalan raya. Ekoran kecederaan itu, beliau telah mengalami kecederaan pada bahagian betis dengan luka sedalam 5 inci dan nampak tulang.

Akibat kecederaan teruk, doktor lazimnya telah menyarankan untuk memotong kaki beliau, namun, pesakit tersebut mencari alternatif lain dengan merujuk kepada saya,’’ ujarnya yang sebelum ini pernah bekerja di kilang membuat sarung tangan dan perkapalan di sini.

Selain dirinya, Muhamad Nor turut dibantu isteri (untuk pesakit wanita) serta beberapa sanak saudara (keseluruhan tujuh pembantu) yang turut berminat di dalam bidang berkenaan. Ini bermakna, seseorang pesakit tidak perlu menunggu lama untuk mendapatkan rawatan.

Tidak dinafikan bahawa masih terdapat sesetengah pihak yang masih meragui keberkesanan perubatan tradisional diamalkan Muhamad Nor. Namun, apa yang memberangsangkan adalah praktiknya turut memperoleh pengiktirafan daripada pelajar-pelajar perubatan dari institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dalam dan luar negara yang turut mengadakan lawatan sambil belajar ke kediamannya dari semasa ke semasa.