Wanita Pulau Betong terima sumbangan baju mentara

Oleh : AINUL WARDAH SOHILLI

PULAU BETONG – Bagi meraikan pengorbanan dan jasa kaum wanita, Pusat Khidmat Pegawai Penyelaras Kawasan Dewan Undangan Negeri (PPK) Pulau Betong telah mengambil inisiatif khas menganjurkan Majlis Sepetang Bersama Wanita di Pulau Pinang di sini baru-baru ini.

Pada majlis tersebut, turut disumbangkan adalah 50 pasang baju mentara yang merupakan pakaian seragam bagi kegunaan wanita di Kampung Pulau Betong untuk menghadiri majlis kenduri atau program-program amal dan kemasyarakatan.

Majlis penyerahan sumbangan disempurnakan oleh isteri Timbalan Ketua Menteri I, Datin Aishah Zainul.

Menurut PPK, Mohd Tuah Ismail, wanita memainkan peranan terpenting dalam membentuk masyarakat dan menjadi penyeri dalam segala hal.

“Oleh itu, bagi meraikan wanita, banyak program-program telah diatur untuk mengiktiraf wanita khususnya di Pulau Betong.

“Malah, Majlis Sepetang Bersama Wanita di Pulau Pinang ini bukan sahaja untuk menzahirkan rasa terima kasih atas jasa dan pengorbanan wanita, tetapi, untuk merapatkan lagi ukhuwah antara kepimpinan dengan wanita,”,” katanya kepada Buletin Mutiara di sini baru-baru ini.

MSBW adalah anjuran bersama Pejabat Pusat Khidmat PPK, Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Komuniti (JKKK) Pulau Betong, Jawatankuasa Qaryah Masjid Pulau Betong, Biro Hal Ehwal Wanita Qaryah Pulau Betong dan Wanita Pulau Betong.

MOHD. Tuah Ismail (berdiri) ketika menyampaikan ucapan alu-aluan beliau kepada para tetamu bersempena penganjuran Majlis Sepetang Bersama Wanita di Pulau Pinang di sini baru-baru ini.
MOHD. Tuah Ismail (berdiri) ketika menyampaikan ucapan alu-aluan beliau kepada para tetamu bersempena penganjuran Majlis Sepetang Bersama Wanita di Pulau Pinang di sini baru-baru ini.