YMSC perkukuh perpaduan komuniti, salur bantuan kepada keluarga memerlukan

ca49a1f2 a7e6 45c1 a245 d809420472bd

GEORGE TOWN – Sepanjang penubuhannya, Young Muslim Sports Club (YMSC) telah berkembang sebagai sebuah entiti yang dinamik dan progresif, bukan sahaja aktif dalam bidang sukan, malah turut memainkan peranan signifikan dalam usaha kebajikan serta pembangunan komuniti.

Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Chow Kon Yeow berkata demikian pada majlis iftar pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tersebut di sini sebentar tadi.

15b60f75 fc4f 4631 83bc ecbc10252aa4
KETUA Menteri.

Mengulas mengenai inisiatif kebajikan, Kon Yeow menyatakan bahawa YMSC bersama rakan strategiknya telah menyalurkan sumbangan zakat Ramadan kepada kira-kira 200 keluarga memerlukan, yang mencerminkan semangat ihsan dan keprihatinan masyarakat.

“Kita juga menyokong usaha penambahbaikan kemudahan di bangunan YMSC, termasuk projek yang memberi manfaat langsung kepada komuniti seperti cadangan pembinaan lif bagi memudahkan warga emas, yang mungkin memerlukan bantuan teknikal daripada pihak Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP).

“Bagi memastikan kesinambungan usaha ini, kerjasama sebegini wajar diteruskan demi memastikan kesejahteraan komuniti sentiasa terpelihara,” yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Padang Kota merangkap Ahli Parlimen Batu Kawan pada majlis berkaitan.

4dc3736f 8767 4d46 9203 93e2651e5a54 78bec830 f9ec 4914 a353 0e14538c7487
Hadir sama, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat merangkap Ahli Parlimen Tanjong, Lim Hui Ying; Datuk Bandar Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP), Dato’ Ir. A. Rajendran; Presiden YMSC, Munower Sadiq MKE Kader Sultan; Naib Presiden YMSC, Dato’ Dr. Anvar Hussain; Presiden Liga Muslim Pulau Pinang, Dato’ Seri Najmudeen Kader serta Presiden Gabungan Persatuan India Muslim Pulau Pinang (GAPEIM), Hamid Sultan Jabbar.

Menurut Kon Yeow, kehadirannya ke majlis berbuka puasa anjuran YMSC saban tahun mencerminkan hubungan erat antara Kerajaan Negeri dan pertubuhan komuniti yang aktif menyumbang kepada pembangunan sosial.

“Ini merupakan kali kelapan saya menghadiri majlis anjuran YMSC sejak diberi amanah sebagai Ketua Menteri.

“Hal ini jelas menunjukkan kerjasama kukuh antara kerajaan dan komuniti dalam menjayakan pelbagai inisiatif kebajikan.

“Malah, peranan (YMSC) amat terserlah khususnya dalam memperkasa masyarakat India Muslim di Pulau Pinang melalui pelbagai inisiatif yang menyeluruh dan berimpak,” jelasnya.

dc60fe82 b1a5 4098 9a72 32a646ae3cab 06d82180 90df 4d08 958d 1357adcbfc0d 48051daa 4bb5 431a 88b3 e0229b8b4e2c
Mengulas lanjut, Kon Yeow yang juga Exco Kewangan, Pembangunan Ekonomi & Tanah dan Komunikasi turut merakamkan penghargaan YMSC atas peranannya dalam menggerakkan komuniti secara aktif sepanjang Ramadan di kawasan Parlimen Tanjong.

Dalam pada itu, beliau turut menegaskan bahawa pembangunan sukan tidak seharusnya tertumpu kepada atlet elit semata-mata, sebaliknya perlu diperkasakan di peringkat akar umbi agar menjadi budaya dan gaya hidup rakyat.

“Kerajaan Negeri terus komited memperkukuh pembangunan sukan selaras dengan aspirasi Visi Penang2030, termasuk menaik taraf kemudahan komuniti serta merancang pembangunan fasiliti baharu di kawasan strategik seperti Batu Kawan.

“Selain infrastruktur, Pulau Pinang berbesar hati menerima tawaran menjadi hos bagi lima acara Sukan SEA 2027, yang dipilih secara strategik bagi kemudahan dan kos rendah.

“Sehubungan itu, kita berharap Sukan SEA 2027 dapat menaikkan nama Pulau Pinang di rantau Asia Tenggara, selain menggalakkan penyertaan belia dan beliawanis di negeri ini,” ulasnya lanjut.

Oleh : NUR ASHIKIN ISMAIL

Gambar : SITI NURATIKAH RAHMAT