ZPP agih RM7,316,100 sebagai zakat tambahan kepada 24,072 asnaf

Admin

SEBERANG JAYA – Zakat Pulau Pinang (ZPP) melalui program zakat tambahan, Saguhati Nur Ramadan dan Saguhati Nur Aidil Fitri telah mengagihkan sejumlah RM7,316,100 kepada 24,072 penerima

 

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Amran Hazali berkata, zakat tambahan tersebut merupakan program tahunan yang dilaksanakan oleh ZPP sempena Ramadan.

 

“Bagi Saguhati Nur Ramadan, ZPP telah mengagihkan sebanyak RM3,050,800 dengan bilangan penerima seramai 14,644 orang.

 

“Saguhati Hari Raya Aidil Fitri pula berjumlah sebanyak RM4,265,300 dengan bilangan penerima seramai 9,428 orang,” ujar Amran salam satu sidang media di Ibu Pejabat ZPP, Bandar PERDA Bukit Mertajam semalam.

 

Dalam sidang media sama, Amran memaklumkan kutipan zakat negeri Pulau Pinang bagi suku pertama tahun 2021 (1 Januari hingga 3 Mac 2021) adalah berjumlah RM28.3 juta.

 

Jelasnya jumlah tersebut meningkat hampir sekali ganda berbanding tahun lalu  ianitu sebanyak RM18.312 berbanding tempoh sama tahun lalu.

 

“Jumlah pembayar zakat terkumpul bagi suku tahun pertama ini juga bertambah sebanyak 5,792 orang iaitu daripada 53,690 orang tahun lalu kepada 59,482 orang tahun ini.

 

 

“Pertambahan ini dilihat cukup positif dalam usaha kita mencapai sasaran kutipan zakat bagi tahun ini berjumlah RM136 juta termasuk zakat fitrah,” katanya lagi.

 

Sebelum itu, pada majlis sama, Amran menerima zakat perniagaan daripada Maybank Islamic Berhad berjumlah RM209,519.81 yang disampaikan Pengarah Maybank Berhad Wilayah Utara, Zolkefli Awang.

 

Mengulas lanjut, Amran berharap lebih ramai individu serta lebih banyak syarikat korporat akan tampil menunaikan zakat bagi membantu ZPP meneruskan agenda penting membela golongan asnaf di negeri Pulau Pinang.

 

 

 

Oleh : WATAWA NATAF ZULKIFLI

Gambar : DARWINA MOHD. DAUD