Bengkel Keluargaku Sayang bentuk keluarga harmoni

Admin

PENAGA – Sebagai galakan membentuk sebuah keluarga yang harmoni, Pegawai Penyelaras Kawasan Dewan Undangan Negeri (PPK) Penaga mengambil inisiatif khas menganjurkan Bengkel Keluargaku Sayang di sini baru- baru ini.

M a n t a n pegawainya, Rosidi Hussain berkata, penganjuran dan sambutan bengkel tersebut adalah amat memberangsangkan.

“Selain pejabat saya, bengkel tersebut turut dianjurkan dengan kerjasama Jawatankuasa Kemajuan dan K e s e l a m a t a n Komuniti (JKKK) seluruh Penaga bersama Ameerah Pulau Pinang.

“Pelbagai aktiviti dijalankan antaranya, ceramah motivasi rumahtangga, pertandingan bayi sihat, pertandingan pakaian keluarga sedondon, pertandingan aksi si manja dan pertandingan pakaian beragam,’’ katanya di sini baru-baru ini.