Exco cabar Gabenor BNM bahas isu kadar kelulusan pinjaman perumahan

GEORGE TOWN – Exco Perancangan Bandar & Desa dan Perumahan Negeri Pulau Pinang, Jagdeep Singh Deo mencabar Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Tan Sri Mohammad Ibrahim untuk berbahas mengenai isu kadar kelulusan pinjaman perumahan di negara ini.

Ini kerana, menurutnya, kadar penolakan pinjaman perumahan bagi pembeli rumah mampu milik (RMM) pertama di Pulau Pinang adalah terlalu tinggi sehingga menjejaskan kemampuan membeli rumah.

“Kadar penolakan pinjaman perumahan yang terlalu tinggi telah menyebabkan kemampuan membeli rumah terutamanya rumah pertama semakin menurun.

“(Dan) saya sendiri telah mengutus sepucuk surat kepada BNM baru-baru ini setelah tiada sebarang pertemuan mahupun maklum balas susulan Kerajaan Persekutuan mengemukan usul untuk menangani kadar penolakan pinjaman perumahan kira-kira setahun lalu,” katanya dalam satu sidang media di perkarangan Bangunan BNM Cawangan Pulau Pinang di sini baru-baru ini.

Menurut Jagdeep, BNM pernah memaklumkan bahawa kadar kelulusan pinjaman mencecah 75 peratus sedangkan Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan (REHDA) mendakwa bahawa kadar penolakan pinjaman adalah setinggi 60 peratus.

“Pada Mac tahun lalu, REHDA mengeluarkan kenyataan bahawa kadar penolakan pinjaman adalah setinggi 60 peratus (rujukan artikel dalam talian, ‘Rejection rate for housing loans is as high as 60%, says REHDA’) dan BNM walau bagaimanapun mempertikaikannya.

“BNM menyatakan bahawa kadar kelulusan pinjaman perumahan adalah pada kadar tertinggi…jadi soalnya, yang manakah satu yang betul kerana kedua-dua kenyataan ini adalah bercanggah sama sekali dan perkara ini tidak boleh dilengahlengahkan lagi.

“Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah menyediakan banyak unit rumah kos rendah, kos sederhana rendah dan RMM, namun sekiranya kadar penolakan pinjaman perumahan sangat tinggi, bagaimana pembeli rumah pertama ini mendapat akses untuk membeli rumah idaman mereka,” soalnya.


Kategori: Bahasa Malaysia, Semasa

Comments are closed.



Artikel Terkini

Like Our Facebook Page

Muat Turun Buletin Mutiara

Twitter

Buletin Mutiara Videos

Komen Terkini

  1. Program tersebut telah lama diadakan sej... in ADUN komited teruskan program gunting rambut percuma
    on September 9, 2015
  2. Saya ingin tahu rumah terbuka di seluruh... in Salam Aidilftiri daripada kami di Buletin Mutiara, Maaf Zahir & Batin
    on August 3, 2015
  3. 1 Ogos 2015 - Ahli Parlimen Bukit Bender... in Salam Aidilftiri daripada kami di Buletin Mutiara, Maaf Zahir & Batin
    on July 21, 2015
  4. Salam hormat, Berikut adalah senarai y... in Salam Aidilftiri daripada kami di Buletin Mutiara, Maaf Zahir & Batin
    on July 21, 2015

Archives