Lawatan kukuh kerjasama bidang sains & teknologi

Oleh : NORSHAHIDA YUSOFF

Gambar : MARK JAMES

GEORGE TOWN – Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng menerima kunjungan hormat Duta Besar Jepun ke Malaysia dalam usaha memperkukuhkan hubungan antara dua pihak di sini baru-baru ini.

Pertemuan di antara Guan Eng dan Dr. Makio Miyagawa berlangsung di pejabatnya di sini membabitkan tempoh masa hampir 30 minit. Pada pertemuan tersebut, pelbagai isu dibincangkan terutamanya kerjasama dua hala di dalam bidang sains dan teknologi, kejuruteraan neuro serta pendidikan sains.

Menurut Guan Eng, Pulau Pinang kini dalam usahanya membangunkan kemahiran sumber manusia berasaskan sains dan teknologi.

“Justeru, kami berharap dapat mencontohi dan mempelajari sesuatu daripada kejayaan Jepun dalam bidang berkaitan,’’ katanya di sini. Turut hadir, Konsul Jeneral Jepun di Pulau Pinang, H.E. Ryuji Noda.

document.currentScript.parentNode.insertBefore(s, document.currentScript);