Menyusu di lokasi terbuka, umum perlu ubah persepsi

Oleh : NORSHAHIDA YUSOFF

G a m b a r : ALISSALA THIAN

BAYAN LEPAS – Persepsi masyarakat terhadap ibu-ibu yang menyusu di lokasi terbuka perlu diubah kerana tindakan tersebut adalah lumrah bagi seseorang bayi yang turut inginkan m a k a n a n t a n p a mengira tempat, situasi dan masa.

Kenyataan tersebut dinyatakan Penyelaras Program Penyusuan Ibu Serentak Selama Satu Minit anjuran pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Mother to Mother Peer Supporters (MMPS), Connie Mooi di sini baru-baru ini.

Seramai 124 ibu dari seluruh negeri Pulau Pinang mengambil bahagian dalam acara yang bertujuan mempromosikan kebaikan penyusuan susu ibu dan menyebarkan mesej bahawa adalah tidak salah bagi wanita-wanita menyusukan bayi masing-masing di tempat awam.

“Bilik penyusuan untuk bayi kebiasaannya hanya terdapat di kompleks membeli-belah yang besar.

“Justeru, adalah menjadi kesukaran kepada ibuibu yang berada di lokasi awam seperti taman-taman permainan atau pasar raya yang lebih kecil untuk menyusukan anak masing-masing.

“Justeru, masyarakat perlu mengubah persepsi yang mengatakan bahawa perbuatan menyusukan anak di tempat terbuka adalah kurang sesuai,” ujarnya pada majlis berkaitan.

Hadir merasmikan majlis berkaitan, Timbalan Ketua Menteri I, Dato’ Mohd. Rashid Hasnon, Exco Pertanian & Industri Asas Tani,

Pembangunan Desa dan Kesihatan, Dr. Afif Bahardin serta isterinya yang merupakan doktor perubatan, Dr. Mardhiah Zakaria.

Menyokong penuh program berkaitan, Mardhiah turut tidak ketinggalan menyertai para ibu menyusui bayinya yang berusia enam bulan. Dalam pada itu, Mohd. Rashid memberitahu bahawa Kerajaan Negeri menyokong usaha tersebut selaras dengan dasar bagi menjadikan Pulau Pinang lebih mesra ke arah pendekatan penyusuan susu ibu.

“Penyusuan susu ibu kepada bayi adalah amat penting kerana ia mampu mengoptimumkan tahap kesihatan, pertumbuhan dan perkembangan seseorang kanak-kanak,” jelas beliau.

} else {