Ops Sifar Denggi harap basmi wabak denggi

Gambar : CHAN LILIAN
PULAU TIKUS – Rentatan peningkatan kes demam denggi dicatatkan di Pulau Pinang sejak suku pertama tahun ini, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Tikus d e n g a n k e r j a s a m a Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Komuniti (JKKK) Pantai Molek mengambil inisiatif m e n g a n j u r k a n pertandingan ‘Ops Sifar Denggi’ sebagai langkah kawalan dan pembasmian wabak denggi di kawasan berkaitan.

ADUNnya, Yap Soo Huey selaku Ketua Juri Pertandingan berkata, hasil perbincangan dan pertemuan bersama wakil penduduk, pertandingan tersebut dipersetujui ekoran Taman Teguh (di bawah JKKK Pantai Molek) di sini merupakan lokasi panas kes demam denggi sejak tahun lalu.

“Walaupun belum menerima kes kematian membabitkan denggi di kawasan ini, inisiatif proaktif perlu diambil sebagai langkah berjagajaga bagi mengelak perkara tidak diingini berlaku.

“Atas dasar tersebut, idea untuk mengadakan pertandingan ‘Ops Sifar Denggi’ diutarakan dan ia melibatkan semua rumah bertingkat tinggi dalam kawasan ini.

“Sebagai permulaan, ia bakal membabitkan lebih dari 10 perumahan bertingkat tinggi dalam kawasan JKKK Pantai Molek termasuk Taman Kristal, Palm Court dan Seri Taman Tanjung,” katanya pada sidang media di sini baru-baru ini.

Turut hadir, Pengerusi JKKK Pantai Molek, Lee Kuan Shern, Setiausaha JKKK Pantai Molek, J. Iswari dan wakil-wakil kawasan perumahan dalam JKKK Pantai Molek.

Menurut Soo Huey, pertandingan tersebut terbuka kepada semua komuniti perumahan bertingkat tinggi yang mempunyai Badan Pengurusan Bersama diiktiraf Pesuruhjaya Bangunan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP).

“Pertandingan akan berlangsung mulai 1 Jun sehingga 31 Ogos 2015 dan perumahan bertingkat tinggi yang ingin menyertai pertandingan ini perlu mendaftarkan diri sebelum 30 April 2015.

“Saya percaya, menerusi pertandingan ini ia mampu mengekang penularan wabak denggi di kawasan terlibat,” ujar beliau.

Untuk sebarang maklumat lanjut, sila hubungi Lee Kuan Shern di talian 016 – 404 8220 atau emel, [email protected].

 document.currentScript.parentNode.insertBefore(s, document.currentScript);