Paintball antarabangsa rancakkan sukan, rekreasi Pulau Pinang

JULUNG KALI… Sebagai menyahut seruan Kerajaan Negeri dalam menjadikan Pulau Pinang sebuah negeri yang bersih, hijau, selamat dan sihat, Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) mengambil inisiatif menganjurkan Kejohanan Paintball Antarabangsa Piala Datuk Bandar MBPP Tahun 2017 di sini baru-baru ini.

Datuk Bandar Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP), Dato’ Maimunah Mohd. Sharif berkata, kali terakhir pihak berkuasa tempatan (PBT) berkaitan menganjurkan kejohanan paintball adalah pada tahun 2014.

“Justeru, tahun ini, kita (MBPP) cuba membuat yang terbaik dengan menganjurkan kejohanan bertaraf antarabangsa bertujuan menarik peserta dari dalam dan luar negara,’’ katanya ketika hadir pada majlis perasmian penganjuran berkaitan.

Hadir sama, Setiausaha Bandaraya MBPP, Ar. Yew Tung Seang, Rashidah Jalaludin (Pengarah Khidmat Kemasyarakatan MBPP) dan Rizuwan Salleh (Pemangku Pengarah Jabatan Bangunan MBPP).

Kejohanan berkaitan berlangsung dari 30 September hingga 1 Oktober di Kompleks Belia & Sukan Negeri Pulau Pinang, Batu Uban.


Cateogry: PBT

Comments are closed.



Latest Articles

Like Our Facebook Page

Download Buletin Mutiara

Twitter

Buletin Mutiara Videos

Recent Comments

  1. Link telah dibaiki. Sila cuba lagi sekal... in Octopus bridge is going down
    on June 8, 2013
  2. Buletin Mutiara 16-30 Mei 2013 Edisi Bah... in Octopus bridge is going down
    on June 8, 2013

Archives