PestaTanglung rapat hubungan sesama masyarakat

PUPUK PERPADUAN… Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Datuk Keramat, Jagdeep Singh Deo berkata, perayaan tanglung yang disambut masyarakat berketurunan Tiong Hua pada setiap tahun umumnya mampu memupuk perpaduan dalam kalangan masyarakat.

Ini kerana, beliau memberitahu, pada sambutan perayaan berkenaan, pelbagai lapisan masyarakat tanpa mengira latar belakang dan bangsa akan bersama-sama meraikannya termasuk menjamu kuih bulan yang dihidangkan dan juga menyertai perarakan tanglung mengelilingi kawasan sekitar.

“Pesta ini (Pesta Tanglung) bukan hanya menggembirakan golongan kanak-kanak, malah juga dewasa.

“Pembabitan pelbagai pihak, secara tidak langsung dapat membantu merapatkan hubungan sesama masyarakat tanpa mengira kaum dan bangsa yang mengambil bahagian,’’ katanya pada Majlis Perasmian Pesta Tanglung anjuran Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Moh Ghee di sini baru-baru ini.