Erat semangat kejiranan wujudkan perpaduan

BATU UBAN – Semangat kejiranan adalah perlu dipereratkan dalam kalangan penduduk setempat sebagai intipati dalam mewujudkan perpaduan tanpa mengira latar belakang, bangsa dan fahaman politik.

Kenyataan tersebut dinyatakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Uban, Dr. T. Jayabalan bersempena penganjuran program Sukaneka Merdeka 2015 anjuran Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Komuniti (JKKK) Taman Brown dan pusat khidmat beliau di sini baru-baru ini.

“Tanpa semangat setiakawan, adalah tidak mungkin kita semua dapat berhimpun dalam suasana harmoni dan ceria seperti hari ini dalam menjayakan program ini,” ucap beliau.

Kira-kira 100 umum dari kawasan sekitar hadir bagi memeriahkan penganjuran berkaitan. Antara acara-acara menarik yang diadakan adalah mengisi air ke dalam botol menggunakan span, makan buah epal, melontar belon dan lainlain.

Dalam pada itu, Jayabalan turut mempelawa masyarakat setempat yang mempunyai maklum balas berhubung perkara-perkara tertentu supaya menghubungi talian pusat khidmat beliau, 04 – 656 2605 bagi tindakan lanjut.