Program Nur Ramadhan 2017 Zakat Pulau Pinang, MAINPP

Admin

KEPALA BATAS, 18 Mei 2017- Program tahunan ini diadakan bagi mengagihkan sumbangan zakat kepada asnaf dan fakir miskin sempena bulan Ramadhan yang akan tiba.

Program Siri 1 telah berlangsung di Dewan Millenium. Seramai 2,009 penerima bantuan bagi sekitar Seberang Perai.

Majlis telah disempurnakan oleh TYT Tun Dato’ Seri Utama (Dr.) Haji Abdul Rahman Bin Haji Abbas, Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang.

Turut menyerikan majlis, Yang di-Pertua MAINPP, Dato’ Mohd. Salleh Man, Dato’ Haji Mohd Rashid Hasnon (Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang) dan Dato’ Abdul Malik Abul Kassim (Exco Hal Ehwal Agama, Perdagangan Dalam Negeri Dan hal Ehwal Pengguna).

Nilai agihan bantuan adalah berjumlah RM1,325,940.00.

Program Nur Ramadhan Siri Ke-2 pula berlangsung di Tapak Pesta, Sungai Nibong pada 25 Mei 2017.

Program ini melibatkan penerima dari daerah Timur Laut dan Barat Daya. Seramai 786 penerima menerima agihan bantuan bernilai RM518,760.00 pada hari tersebut.

Maybank Islamic Berhad turut bersama membantu asnaf di Pulau Pinang dengan menyerahkan zakat perniagaan berjumlah RM575,759.35 melalui Zakat Pulau Pinang, MAINPP.

Kesemua asnaf menerima wang tunai sebanyak RM600 berserta hamper dan beras. Pada tahun ini, Zakat Pulau Pinang, MAINPP memperuntukkan keseluruhannya sebanyak RM7,605,000.00 untuk diagihkan di sepanjang bulan Ramadhan.

Moga dengan bantuan ini, meringankan beban asnaf dan fakir miskin. Terima kasih pembayar zakat.

(Rencana hasil sumbangan, Zakat Pulau Pinang).