Rumah Terbuka Tahun Baru Cina PDC meriah

Admin

Oleh: ZULIANA AZIZ

KAKITANGAN PDC berbilang bangsa bersamasama menyambut Perayaan Tahun Baru Cina 2012.
KAKITANGAN PDC berbilang bangsa bersama-sama
menyambut Perayaan Tahun Baru Cina 2012.

BAYAN BARU – Kira-kira 200 kakitangan dan jemputan khas telah hadir memeriahkan Majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) yang diadakan di atriumnya di sini baru-baru ini.

Selain sajian masakan ala Cina, turut dihidang adalah masakan Melayu bagi memperlihatkan keunikan keharmonian masyarakat berbilang kaum di PDC dan juga Pulau Pinang.

Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng selaku Pengerusi PDC hadir memeriahkan majlis tersebut.

Turut hadir, Pengurus Besar PDC, Datuk Rosli Jaafar, Timbalan Pengurus Besar PDC, Datuk Abdul Rahim Isahak, ahli-ahli pengurusan PDC dan Ketua Pegawai Eksekutif anak-anak syarikat PDC yang dijemput khas.

Guan Eng berkata, PDC boleh menjadi pemangkin ekonomi dan pelaksana program sosial yang paling unggul di Malaysia dengan mengamalkan pendekatan inovatif dan kreatif.

KETUA Menteri dan Rosli Jaafar (kiri sekali) sambil ditemani pihak pengurusan PDC mengacau yee sang pada Majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina PDC di sini baru-baru ini.
KETUA Menteri dan Rosli Jaafar (kiri sekali) sambil ditemani pihak pengurusan PDC mengacau yee sang pada Majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina PDC di sini baru-baru ini.

“Kerjasama bersama pihak swasta dapat mengurangkan kos pembangunan. Mengambil pihak swasta sebagai rakan kongsi melalui tender terbuka di mana yang dipilih bukan sahaja menawarkan harga paling munasabah, mutu yang baik, pengalaman ‘track record’ cemerlang akan menguntungkan kita semua. Keuntungan yang diperoleh mestilah digunakan untuk kebajikan sosial rakyat Pulau Pinang,’’ katanya dalam ucapan aluan Majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina di sini baru-baru ini.

Dalam pada itu, beliau turut menegaskan bahawa penjanaan sumber kewangan merupakan faktor penting bagi melaksanakan projek sosial.

“Sistem pengurusan kewangan yang dipakai oleh PDC boleh disebutkan sebagai sistem ‘wang gandakan wang’. Sistem ini menekankan empat aspek utama iaitu ‘wang kumpul wang’, ‘wang untungkan wang’, ‘wang hasilkan wang’ serta ‘wang jimatkan wang’. Sekiranya kita tidak makan wang, sudah tentu wang akan sentiasa ada,” ujarnya.