Sedia pusat jagaan kanak-kanak galak ibu ramai anak terus berkerjaya, syor wanita Pulau Pinang

GEORGE TOWN – Dalam Bajet 2018 Pulau Pinang nanti, peruntukan untuk menyediakan pusat jagaan kanak-kanak di pejabat kerajaan wajar ditingkatkan, demi menggalakkan lagi wanita berkerjaya tidak berhenti kerja apabila bilangan anak kian ramai.

Ujar Rashidah Jalaludin yang merupakan salah seorang hadirin dalam Forum Lanskap Wanita: Dilema Pekerja Wanita Berstatus Ibu, anjuran bersama-sama Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dan badan bukan kerajaan (NGO), Litera Seni di Pusat Belia Lebuh Acheh di sini baru-baru ini.

Katanya yang juga Pengarah Khidmat Kemasyarakatan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP), wanita berbakat akhirnya mengambil keputusan berhenti kerja apabila memikirkan kos upah menghantar anak yang ramai ke pusat jagaan adalah tidak berbaloi dengan gaji bulanan yang ada.

“Belanjawan sebuah Kerajaan bukan sahaja mengenai pembangunan jalan atau bangunan secara materialistik, tapi patut mengambil kira aspek kebahagiaan, keselesaan hidup, kegembiraan berkeluarga manusia itu sendiri.

“Kalau sesebuah kerajaan boleh memperuntukkan sampai RM16 juta setahun untuk membina jalan, mengapa tidak peruntukan sejumlah itu untuk menyediakan pusat jagaan kanak-kanak secara percuma atau dengan kos upah yang lebih murah, untuk menggalakkan lagi wanita terus berkerjaya walaupun ramai anak.

“Sebenarnya perbelanjaan berasaskan gender sebegini bukan sahaja menyokong partisipasi ibu yang mempunyai ramai anak untuk terus bekerja, malah ia cukup membantu Kerajaan Negeri memastikan 30 peratus wanita terlibat membuat keputusan dalam semua organisasi, termasuk di peringkat kerajaan sendiri,” kata beliau.

Syerleena Abdul Rashid turut menyokong hasrat Kerajaan Negeri melaksanakan program-program memperkuasa peranan gender wanita, melalui Perbadanan Pembangunan Wanita (PWDC).

Forum terbuka itu membariskan Ketua Pegawai Eksekutif PWDC, Ong Bee Leng; Ahli Majlis bagi Majlis Bandaraya Pulau Pinang
(MBPP), Syerleena Abdul Rashid; NGO Aliran Kesedaran Negara (Aliran), Prema Devaraj dan Pengasas Pusat Impian Kita, Sara Ayuni.

Pengasas Litera Seni, Nurhayyu Zainal sendiri yang mengendalikan forum tersebut.

Syerleena dalam forum tersebut turut berkongsi pengalaman dilema wanita mengandung yang berdepan risiko dibuang kerja, dipotong gaji atau tidak lagi disambung kontrak pekerjaan atas alasan tidak memberi komitmen di tempat kerja.

Walhal katanya, Malaysia pada tahun 1995 telahpun memeterai deklarasi Convention For The Elimination Of All Forms Of Discrimination Against Women (CEDAW).

“Apabila kita melihat sendiri polisi-polisi yang digubal di peringkat Persekutuan, selalunya majoriti lelaki yang membuat keputusan,
sepatutnya wanitalah membuat keputusan untuk satu-satu polisi berkaitan (kepentingan) wanita.

“Sebab itu, dalam konvensyen CEDAW ini penting sebagai asas untuk memahami apa itu kesaksamaan gender antara wanita
dan juga lelaki,” tegasnya.


Comments are closed.



Artikel Terkini

Like Our Facebook Page

Muat Turun Buletin Mutiara

Twitter

Buletin Mutiara Videos

Komen Terkini

  1. Program tersebut telah lama diadakan sej... in ADUN komited teruskan program gunting rambut percuma
    on September 9, 2015
  2. Saya ingin tahu rumah terbuka di seluruh... in Salam Aidilftiri daripada kami di Buletin Mutiara, Maaf Zahir & Batin
    on August 3, 2015
  3. 1 Ogos 2015 - Ahli Parlimen Bukit Bender... in Salam Aidilftiri daripada kami di Buletin Mutiara, Maaf Zahir & Batin
    on July 21, 2015
  4. Salam hormat, Berikut adalah senarai y... in Salam Aidilftiri daripada kami di Buletin Mutiara, Maaf Zahir & Batin
    on July 21, 2015

Archives