100 pelajar terima sumbangan Program Kembali Ke Sekolah

AIR ITAM – Seramai 100 pelajar sekolah sekitar Kampung Melayu di sini menerima sumbangan bantuan persekolahan berupa pakaian, beg sekolah dan kasut untuk sesi persekolahan tahun 2016.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Air Itam, Wong Hon Wai berkata, sumbangan berkaitan adalah diperlukan bagi memberi galakan dan semangat kepada para pelajar untuk belajar dengan lebih tekun.

“Ketekunan mampu membawa pelajarpelajar ini ke tahap pendidikan lebih tinggi demi masa depan yang cerah. Malah, melalui pendidikan juga, para pelajar mampu mengubah taraf hidup keluarga masingmasing sekiranya berjaya di masa hadapan,’’ ucapnya pada penganjuran Program Kembali Ke Sekolah di sini baru-baru ini.

Turut hadir, Timbalan Yang di-Pertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAINPP), Dato’ Abdul Halim Hussain.

Program tersebut merupakan anjuran Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Komuniti (JKKK) Kampung Melayu dan turut memperoleh peruntukan sumbangan dari Zakat Pulau Pinang (ZPP).