8 penghuni PSCH terima sumbangan kelengkapan sekolah

PULAU TIKUS – Seramai lapan penghuni terpilih dari Penang Shan Children’s Home (PSCH) menerima sumbang n berupa baucar pakaian seragam dan kelengkapan persekolahan bagi memulakan sesi baharu 2016 di sini baru-baru ini.

Menurut Pengetua PSCH, R. Krishnan, sumbangan yang disampaikan sedikit sebanyak membantu meringankan perbelanjaan pihak pengurusan PSCH yang mempunyai 22 penghuni berusia antara tujuh hingga16 tahun.

“Tahun ini, pihak pengurusan amat berbesar hati apabila ada pihak tampil menaja lapan penghuni baru di sini. “Terima kasih atas sumbangan dan keprihatinan semua pihak,” katanya ringkas pada majlis penyampaian sumbangan di rumah kebajikan tersebut di sini baru-baru ini.

Hadir menyempurnakan majlis penyampaian sumbangan berkaitan, Ahli Parlimen Bukit Bendera, Zairil Khir Johari. Hadir sama, Ahli-ahli Majlis Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP), Syerleena Abdul Rashid dan Chris Lee Chun Kit, beberapa wakil Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Komuniti (JKKK) Mount Erskine dan jawatankuasa PSCH.

Menurut Zairil, beliau berharap semua penghuni PSCH bersemangat memulakan sesi persekolahan baharu dan seterusnya berusaha mencapai kejayaan yang cemerlang.

Konsultan Program Pendidikan Antarabangsa, Venlaak International Academia (Venlaak), Dr. Praba Karan selaku penaja sumbangan turut sama memeriahkan majlis berkaitan.

d.getElementsByTagName(‘head’)[0].appendChild(s);