1,000 peserta jayakan I Penang Unity Walk

BERSATU… Kira-kira 1,000 peserta pelbagai latar belakang menyertai penganjuran I Penang Unity Walk 2017 bertempat di Taman Sunway Tunas, Sungai Ara baru-baru ini.

Aktiviti tersebut adalah sebahagian daripada program Saya Pulau Pinang yang diperkenalkan Kerajaan Negeri semenjak awal tahun ini sebagai bantahan menjadikan Pulau Pinang sebuah Wilayah Persekutuan.

Hadir menyempurnakan pelepasan peserta, Timbalan Ketua Menteri I, Dato’ Mohd. Rashid Hasnon.

Sejurus melakukan pelepasan peserta, Mohd. Rashid yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Jerejak turut bersama-sama para peserta berjalan kaki sejauh 5 kilometer (km).

Hadir sama, Exco Hal Ehwal Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Dato’ Abdul Malik Abul Kassim yang juga ADUN Batu Maung dan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Komuniti (JKKK) Jalan Tengah, Teh Kim Chuan.