GEORGE TOWN – Permohonan bagi penyewaan gerai di pasar, kompleks makanan dan tapak penjaja milik Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) boleh dibuat mulai 26 November 2026 (esok) sehingga 9 Disember depan.
Menurut Ahli Majlis MBBPP, Tan Soo Siang, permohonan boleh dilakukan melalui laman sesawang ulesen.mbpp.gov.my dan temuduga akan dilaksanakan secara dalam talian pada 11 Disember 2026.
“Pemohon yang mempunyai masalah untuk mendaftar secara dalam talian boleh hadir secara terus ke Jabatan Pelesenan MBPP atau menghubungi talian 04-2638818 sambungan 218/215/219.

“Sesi kali ini sebanyak, sebanyak 33 lokasi disediakan dengan jumlah kekosongan sebanyak 147 gerai.
“Majlis juga sedang fokus akan penempatan semula penjaja tepi jalan kedalam gerai Majlis dan ini adalah usaha berterusan MBPP,” ujar Soo Siang dalam satu sidang media di Dewan Perbandaran MBPP, Padang Kota di sini sebentar tadi.
Soo Siang dalam pada itu meminta pemohon untuk memastikan talian internet dalam keadaan baik, lokasi yang tenang dan memandu ketika temuduga adalah dilarang.
Selain itu, beliau memaklumkan pemohon mestilah berpakaian sopan, bersesuaian dan menepati waktu (10 minit lebih awal) untuk menunggu giliran.