10,000 sertai Bersih 3.0 di P. Pinang

Admin

 

KETUA Menteri menyampaikan ucapan sambil disaksikan oleh lebih 10,000 peserta Bersih 3.0 di Padang Kota Lama, George Town di sini baru-baru ini.
KETUA Menteri menyampaikan ucapan sambil disaksikan oleh lebih 10,000 peserta Bersih 3.0 di
Padang Kota Lama, George Town di sini baru-baru ini.

 

Oleh : ZAINULFAQAR YAACOB

GEORGE TOWNLebih 10,000 rakyat menyertai perhimpunan Bersih 3.0 di Padang Kota Lama tanpa provokasi polis sebagaimana yang disaksikan serentak di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur pada 28 April lepas.

Mereka melaungkan “bersih” sebagai isyarat menuntut reformasi menyeluruh dalam Pilihanraya Umum ke-13 (PRU ke-13) dengan melaksanakan Lapan Tuntutan Bersih 3.0.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Y.A.B Tuan Lim Guan Eng semasa berucap menasihatkan pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak supaya bersikap jujur dengan usaha membanteras pengundi hantu dalam daftar pemili.

“Jika kerajaan (pusat) jujur, adil dan ikhlas dalam mengendalikan pilihan raya, laksanakan kesemua lapan tuntutan yang amat diharapkan menjadi realiti dalam PRU ke-13 akan datang.

“Pilihanraya yang adil menjadi harapan menggunung rakyat untuk dilaksanakan kerajaan yang diperintah oleh Barisan Nasional.

“Bukan sahaja pilihanraya yang bersih, kita mahu negara kita bersih dari penyelewengan kuasa dan rasuah.

“Suara rakyat yang dibuktikan hari ini adalah satu kenyataan yang ketara,” ujar beliau di Sudut Pidato, Padang Kota Lama di sini.

Dalam pada itu, beliau turut menyuarakan desakan supaya Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof serta Timbalannya, Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar supaya melepas jawatan masing-masing selepas didedah mempunyai keahlian UMNO.

“Kita minta pengerusi dan timbalan pengerusi ketak jawatan dan tanding pilihan raya,” tegas beliau.

Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang dan hampir semua Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMK) hadir dalam perhimpunan demokratik itu.

Dalam pada itu, Guan Eng turut memuji pihak polis Pulau 10,000 sertai Bersih 3.0 di P. Pinang KETUA Menteri menyampaikan ucapan sambil disaksikan oleh lebih 10,000 peserta Bersih 3.0 di Padang Kota Lama, George Town di sini baru-baru ini. Pinang kerana profesional dalam meramahi rakyat yang menyertai perhimpunan di negeri berkenaan.

Pun begitu, beliau mengecam tindakan kasar polis ke atas rakyat yang menyertai perhimpunan aman berhampiran Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.

Beliau turut mengecam insiden beberapa wartawan mengaku dipukul oleh polis selain kemera mereka dirampas dan dimusnahkan semasa membuat liputan langsung di sekitar ibu negara pada hari yang sama.

“Saya juga mengutuk keras apabila ada wartawan yang bertugas dipukul oleh polis. Mereka menjalankan tugas, tak patut kamera mereka dirampas atau dimusnahkan,” ujarnya.

Difahamkan, Wartawan akhbar The Sun, Radzi Razak dan seorang jurugambar akhbar Malay Mail antara mangsa keganasan polis di Dataran Merdeka.

Tuntas dari itu, beliau menyuarakan sokongan pada cadangan memakai pakaian hitam lengkap dengan reben kuning sempena menyambut Hari Kebebasan Akhbar Sedunia pada 3 Mei lalu.