GEORGE TOWN – Dalam tempoh bulan Ogos 2023 hingga April tahun ini, sejumlah 13 hotel baharu telah dibuka di Pulau Pinang serta telah menyumbang pada pertambahan 2,311 unit bilik penginapan.
Exco Pelancongan dan Ekonomi Kreatif, Wong Hon Wai memberitahu perkara itu kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Berapit, Heng Lee Lee dalam Sesi Soal Jawab Soalan Lisan, Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang yang Ke-15 di sini pada 20 Mei 2025.
“Penambahan hotel-hotel ini meningkatkan kapasiti penginapan di Pulau Pinang khasnya di kawasan-kawasan baru seperti (Daerah) Barat Daya dan (bahagian) Seberang Perai.
“Ini, sekali gus membantu (Pulau Pinang) memenuhi keperluan serta memberi impak positif kepada sektor pelancongan negeri,” jelasnya yang juga ADUN Paya Terubong.
Oleh : ZAINULFAQAR YAACOB
Gambar : SITI NURATIKAH RAHMAT