250 penduduk ‘sertai’ program gunting rambut percuma

Oleh : WATAWA NATAF ZULKIFLI

SUNGAI PINANG – Seramai 250 penduduk yang terdiri daripada kalangan pelajar dan ibu bapa tidak melepaskan kesempatan untuk mendapatkan perkhidmatan gunting rambut percuma anjuran Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Pinang, Lim Siew Khim di sini baru-baru ini.

Siew Khim memberitahu, penganjuran program berkenaan adalah diharap dapat mengurangkan beban golongan ibu bapa terutamanya.

“Kos penyediaan barangan kelengkapan persekolahan adalah amat tinggi kini, justeru, adalah diharapkan program ini sedikit sebanyak dapat membantu ibu bapa mengurangkan sejumlah kos berkaitan,’’ katanya ketika ditemui pada penganjuran program Sumbangan Persekolahan 2016 dan Gunting Rambut Percuma Kawasan Dewan Undangan Negeri (KADUN) Sungai Pinang di sini baru-baru ini.

Penganjuran program berkaitan dijayakan dengan penglibatan 60 pendandan rambut dari Hair Story International. Turut diadakan adalah Majlis Penyampaian Sumbangan Persekolahan 2016.

d.getElementsByTagName(‘head’)[0].appendChild(s);