3,500 peserta dijangka meriahkan Andaman Vibes Fun Run 26 September ini

c3c2b99c 9677 4831 92f2 2f0c2a65adae

TANJONG BUNGAH – Andaman Vibes Fun Run yang dianjurkan sempena Festival Penang2030 menyasarkan penyertaan sehingga 3,500 peserta dalam usaha memperkenalkan Pulau Andaman sebagai produk pelancongan baharu di daerah Timur Laut.

Pegawai Daerah Pejabat Daerah dan Tanah Timur Laut (PDTDTL), Ismasuhaimi Shariff berkata, penganjuran acara itu bukan sekadar memberi peluang kepada orang ramai menyertai aktiviti riadah sekali gus menjadi platform mempromosikan pelbagai tarikan pelancongan Pulau Pinang.

Menurut beliau, program berkenaan turut selari dengan Visi Penang2030 ke arah ‘Negeri Pintar dan Hijau Berteraskan Keluarga Inspirasi Negara’.

“Ini merupakan larian santai pertama yang dianjurkan oleh PDTDTL, dan kita mahu ia menjadi satu platform untuk memperkenalkan Pulau Andaman serta produk pelancongan yang ada di daerah Timur Laut.

“Acara ini bukan sahaja memberi peluang kepada orang ramai untuk beriadah dalam suasana santai, tetapi turut menjadi platform mempromosikan daerah Timur Laut sebagai destinasi rekreasi selain mengetengahkan pelancongan berasaskan makanan, geopelancongan, ekopelancongan serta warisan.

“Pada awalnya kita menyasarkan 1,000 peserta tetapi sambutan amat menggalakkan sehingga hampir 3,000 peserta dan kita menjangkakan jumlah itu boleh mencecah 3,500 peserta kelak,” katanya

90dd8815 d847 46c4 905d 34584d3e7519
MOHD. Qushairy (kiri) dan Ismasuhaimi semasa sesi pemakluman Andaman Vibes Fun Run sebentar tadi.

Beliau berkata demikian ketika menerangkan persiapan penganjuran Andaman Vibes Fun Run yang dijadual berlangsung pada 26 September 2026, bermula sekitar jam 7 pagi.

Mengulas lanjut, laluan larian sepanjang kira-kira lima kilometer itu terbuka kepada orang ramai tanpa kategori umur atau jantina, dengan menekankan penyertaan dalam suasana santai.

“Yuran penyertaan bermula RM29 bagi ‘super early’, RM35 untuk ‘early bird’ dan RM39 bagi harga biasa. Pakej penyertaan termasuk baju-T, medal, e-sijil dan nombor peserta.

“Peserta juga berpeluang menikmati pelbagai tawaran daripada penaja termasuk baucar serta penyertaan cabutan bertuah,” jelasnya.

db5a17aa 3325 4269 9048 a5c9af95c7fa a30aba6f 8ab8 4781 8556 c0a990678154 99d715c4 ccaf 4825 91f8 178065ec570e e7b0c541 97f8 41c2 8fcc 620cd5b294de 1a262a82 8ae2 49bd 9c05 b1a553845457
Selain larian, pelbagai aktiviti sukan komuniti turut diadakan termasuk sepakan penalti, sepak takraw, tarik tali dan permainan lain bagi memeriahkan lagi program tersebut.

Majlis perasmian Andaman Vibes Fun Run dijangka bakal disempurnakan oleh Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Chow Kon Yeow.

Dalam pada itu, Ismasuhaimi turut memaklumkan bahawa penyertaan setakat ini diterima dari seluruh Malaysia termasuk Sarawak, manakala peserta antarabangsa turut berpeluang menyertai acara berkenaan pada kadar yuran yang sama.

“Persiapan telah dimulakan sejak Jun dengan kerjasama Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP), pihak sekolah dan komuniti setempat bagi memastikan penggunaan tapak dapat diselaraskan dan tidak berlaku pertindihan.

“Kita juga memberi perhatian kepada aspek pengurusan peserta, parkir dan ruang supaya perjalanan program dapat diurus dengan baik serta mengelakkan sebarang kesulitan kepada peserta,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, maklumat berkaitan lokasi, panduan parkir dan sistem penentududukan global (GPS) akan disediakan melalui kod QR pendaftaran bagi memudahkan peserta membuat persiapan sebelum hadir.

“Kita berharap penganjuran ini mendapat sambutan menggalakkan daripada masyarakat dan peserta dari dalam serta luar Pulau Pinang.

“Pada masa sama, kami mahu acara ini menjadi platform untuk memperkenalkan Pulau Andaman dan mengetengahkan pelbagai produk pelancongan di daerah Timur Laut.

“Memandangkan ini merupakan penganjuran larian santai pertama oleh PDTDTL, kita mahu memastikan penganjuran kali ini berjalan dengan baik terlebih dahulu sebelum melihat kepada perkembangan dan penambahbaikan pada tahun-tahun berikutnya,” tambahnya.

bfd67ef8 e035 41cf 8488 ff67d44742c0 73e5d2ba 5c8d 4d01 bc80 5f5f1788b71d

Oleh : NUR ASHIKIN ISMAIL

Gambar : SITI NURATIKAH RAHMAT