40 wanita Perai jalani saringan Mammo Penang percuma

Gambar : J . PATMAVATHY

PERAI –Seramai 40 wanita dari kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perai terpilih untuk menjalani saringan mamogram percuma menerusi Program Saringan Mamogram Percuma atau Mammo Penang di Pusat BP Healthcare (BP) Bukit Mertajam baru-baru ini.

Mereka yang terpilih terdiri daripada pengundi berdaftar negeri Pulau Pinang yang berusia 35 tahun dan ke atas.

Menurut pakar nutrisi BP, Yeu Yi Wen, program seumpamanya tersebut bukan sahaja membantu golongan wanita untuk mengesan penyakit kanser di peringkat awal, tetapi juga meningkatkan pengetahuan serta kesedaran terhadap peri pentingnya pemeriksaan mamogram ini.

“Inisiatif ini merupakan langkah agresif diambil Kerajaan Negeri dengan kerjasama BP, PWDC (Perbadanan Pembangunan Wanita Pulau Pinang), ‘Penang Sihat’ dan ‘Pink Penang’ dalam menyebarluaskan maklumat berkaitan bahaya kanser payudara yang menjadi pembunuh nombor satu wanita di Malaysia,’’ katanya ketika ditemui pada penganjuran program tersebut di sini baru-baru ini.

Sebanyak dua sesi pemeriksaan dijalankan iaitu antara jam 8 hingga 10 pagi dan 10 pagi hingga 12 tengahari melibatkan 20 wanita bagi setiap sesi.

Tambah Yi Wen, bagi pihak BP sebagai pelaksana program berkaitan, beliau percaya program Mammo Penang dapat membantu wanita Pulau Pinang untuk terus mengamalkan gaya hidup sihat sama ada melalui pemakanan mahupun senaman harian.

Bagi maklumat lanjut, hubungi Pejabat Khidmat ADUN masing-masing atau BP Diagnostic Centre Bukit Mertajam di talian 04 – 537 5889 atau ‘Pink Penang’, 04 – 222 5318d.getElementsByTagName(‘head’)[0].appendChild(s);