8 kakitangan MBSP meninggal akibat COVID-19

SEBERANG JAYA – Seramai lapan orang kakitangan bagi Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) meninggal dunia akibat jangkitan COVID-19.

Datuk Bandar MBSP, Dato’ Sr. Rozali Mohamud berkata, tiga daripada mangsa yang berumur antara 28 hingga 57 tahun belum menerima suntikan vaksin, empat orang telah menerima dos pertama manakala seorang lagi telah lengkap divaksin.

Beliau berkata, seramai 33 orang lagi kakitangan barisan hadapan MBSP kini sedang bertarung melawan COVID-19.

“MBSP telah kehilangan lapan wira dan wirawati, teman seperjuangan yang gigih berkhidmat untuk rakyat.

“Semoga perkhidmatan mereka menjadi amal jariah yang dijanjkan balasan pahala yang berterusan.

“Marilah kita bersama-sama mendoakan agar 33 wira barisan hadapan MBSP yang sedang bertarung dengan virus COVID-19 supaya mereka diberi kekuatan serta kesembuhan yang tidak meninggalkan kesan,” katanya dalam ucapan sempena sambuhan Hari Bandaraya 2021 dekat Menara Bandaraya MBSP di sini pagi tadi.
ujarnya lagi.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan, Perancangan Bandar & Desa, Jagdeep Sing Deo; Ahli-Ahli Majlis bagi MBSP; Pemangku Setiausaha Bandaraya, Baderul Amin Abdul Hamid serta Ketua-ketua Jabatan MBSP.

Dalam pada itu, Rozali menberitahu bahawa sehingga kini seramai 3,930 orang atau 98.60 peratus warga kerja MBSP telah menerima suntikan vaksin COVID-19.

Oleh : SUNARTI YUSOFF
Gambar : MBSP