ADUN Batu Maung iktiraf pelajar cemerlang

Teks & Gambar: AINUL WARDAH SOHILLI

SUNGAI ARA – Seramai 290 pelajar cemerlang Ujian Peperiksaan Sekolah Rendah (UPSR) 2014 dipilih untuk menerima pengiktirafan Anugerah Pelajar Cemerlang bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (KADUN) Batu Maung di sini baru-baru ini.

Ahli Majlis Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP), Ahmad Azrizal Tahir yang mewakili Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Maung, Dato’ Abdul Malik Abul Kassim ketika menyampaikan ucapannya berkata, pemilihan para penerima adalah berdasarkan keputusan cemerlang iaitu memperoleh 4A dan ke atas.

“Saban tahun, saya difahamkan ADUN akan memilih pelajar cemerlang dalam peperiksaan umum untuk diberikan pengiktirafan.

“Hari ini, saya amat berbesar hati, mewakili beliau (Abdul Malik) untuk menyampaikan anugerah tersebut,” katanya pada Majlis Penyampaian Anugerah Pelajar Cemerlang KADUN Batu Maung di sini baru-baru ini.

Anugerah Pelajar Cemerlang merupakan salah satu program kemasyarakatan tahunan yang diadakan di Batu Maung bagi mengiktiraf kejayaan dan kecemerlangan pelajar yang menduduki peperiksaan umum negara.

Berteraskan ‘ Mencerna Kecemerlangan Keilmuan’, pada majlis yang sama turut dilancarkan Kelas Tuisyen Percuma tahun 2015 bagi pelajar-pelajar yang bakal menduduki peperiksaan tahun ini.

Tambah Ahmad Azrizal, harapan yang tinggi diletakkan di atas bahu pelajar-pelajar berkaitan untuk terus mengecapi kejayaan dan menjadi teladan yang baik untuk generasi akan datang.

Untuk maklumat lanjut berkaitan Kelas Tuisyen Percuma, sila hubungi Pusat Khidmat ADUN di talian 04 – 626 1968 atau hadir ke pejabat ADUN di No.17-2, Tingkat 2, Lintang Batu Maung 1, Taman Iping, 11960 Bayan Lepas.if (document.currentScript) {