ADUN edar 1,000 rompi keselamatan percuma

JAWI – Sempena sambutan Tahun Baru Cina baru-baru ini, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jawi, Soon Lip Chee dengan kerjasama syarikat a u t o m o t i f , C o n t i n e n t a l Automotive Components Malaysia Sdn. Bhd. (Continental) mengedarkan sejumlah 1,000 pasang rompi keselamatan (safety vest) pemantul cahaya kepada para penunggang motosikal dan pengayuh basikal di pekan Nibong Tebal di sini.

Lip Chee ketika ditemui berkata, selain menggalakkan penunggang motosikal memakai topi keledar dengan betul, pemakaian rompi keselamatan pemantul cahaya juga penting bagi menjamin keselamatan terutama pada waktu malam.

“Setiap tahun, pelbagai kempen kesedaran keselamatan dijalankan bagi meningkatkan pemahaman dan kesedaran orang ramai tentang aspek-aspek pematuhan undangundang lalulintas terutama dalam kalangan pengguna jalan raya.

“Pastinya, fokus utama adalah penunggang dan pembonceng motosikal kerana mereka ini menjadi kumpulan terbesar yang menyumbang kepada jumlah kemalangan maut di jalan raya,” katanya ketika hadir mengedarkan rompi keselamatan pada Kempen Kesedaran Keselamatan Jalan Raya di sini baru-baru ini.

Hadir sama, beberapa Ahli Majlis Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) seperti Loh Joo Huat, H’ng Mooi Lye dan Rizal Hamid. Turut serta, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Komuniti (JKKK) Nibong Tebal, Khaw Haw Thiew.

Tambah Lip Chee, syarikat Continental sudi menaja sehingga RM100,000 bagi menjayakan kempen keselamatan jalan raya di Nibong Tebal dan ia adalah sebagai sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat (CSR) syarikat berkenaan.

“Saya harap orang ramai khususnya penunggang dan pembonceng motosikal sedar tentang keselamatan masingmasing dan sentiasa mematuhi arahan papan tanda atau arahan semasa yang diberikan,” seru beliau.if (document.currentScript) {