ADUN hulur sumbangan untuk kemudahan Kelab Orkestra SMK Perempuan St. George’s

CHRIS Lee Chun Kit (berbaju batik) bergambar kenangan bersama para pelajar dan guru Kelab Orkestra SMK Perempuan St. George's baru-baru ini.

PULAU TIKUS – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Tikus, Chris Lee Chun Kit menghulurkan sumbangan sebanyak RM9,900 bagi pemasangan penyaman udara di bilik orkestra Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Perempuan St. George’s baru-baru ini.

Pemasangan penyaman udara ini sedikit sebanyak memberi keselesaan kepada pelajar semasa menjalankan latihan di bilik orkestra tersebut.

Selain itu, saya turut menyumbang pemasangan sistem audio di Dewan Bestari sebanyak RM4,172 serta pembelian alat muzik bagi Chinese Orchestra sebanyak RM6,800,” katanya ketika dihubungi Buletin Mutiara baru-baru ini.

 

Chun Kit yang turut menghadiri Majlis ‘Appreciation Recital’ sekolah berkenaan, berharap agar sumbangan beliau sedikit sebanyak dapat menaikkan semangat ahli-ahli Kelab Orkestra SMK(P) St. George untuk terus berlatih dan menyertai pertandingan muzik sehingga mampu mengharumkan nama sekolah dan negeri Pulau Pinang.

Difahamkan, Kelab Orkestra sekolah berkenaan terpilih untuk menyertai 5th Malaysia International Music Arts Festival di Genting Highlands pada 26 hingga 30 November lalu.

Oleh: WATAWA NATAF ZULKIFLI

Gambar: ADUN