ADUN Jawi anjur majlis makan durian premium tempatan, rai Hari Warisan George Town

Admin
img 9131 PARA jemputan ke majlis jamuan makan durian di Jalan Atas, Jawi merakamkan gambar kenangan-kenangan pada 7 Julai 2025.

JAWI – Musim durian yang memuncak di Daerah Seberang Perai termasuk Parlimen Nibong Tebal dan Kawasan Dewan Undangan Negeri (KADUN) Jawi terus menjadi tumpuan para penggemar raja buah tersebut.

‘Ochee’ (Duri Hitam), Musang King (D197), Hor Lor (Ganja Bukit), Cap Kaki (D168), XO dan Udang Merah (D175) antara varieti durian premium tempatan yang menjadi buruan baik penggemar setempat mahupun pengunjung asing.

img 9145
JASON H’ng Mooi Lye

Exco Kerajaan Tempatan dan Perancangan Bandar & Desa, Jason H’ng Mooi Lye memberitahu bahawa musim durian yang bermula pada bulan Mei lepas dan dijangka memuncak pada akhir Ogos nanti menyaksikan kehadiran pengunjung ke Jawi tak kurang meriah berbanding Balik Pulau serta beberapa kawasan lain sekitar negeri ini.

“Pusat Khidmat Rakyat ADUN Jawi mengadakan majlis jamuan durian di Jalan Tengah (Jawi) sebagai menghargai para pemimpin setempat seperti para anggota Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) dan JPWK (Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga) di samping sambutan Hari Warisan George Town pada hari ini,” jelasnya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jawi di sini pada 7 Julai 1025.

Dua Ahli Majlis bagi Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) iaitu Heng Yen Shiuan dan Ngoh Cheng Hai turut bersama-sama Mooi Lye menyantuni pemimpin-pemimpin komuniti lokal dan para pengamal media yang menyertai majlis makan durian premium tempatan tersebut.

 

Teks & Gambar : ZAINULFAQAR YAACOB