ADUN santuni 50 keluarga sempena Deepavali

Oleh : AINUL WARDAH SOHILLI

Gambar: SHUM JIAN WEI

 

SUNGAI PINANG – Sempena meraikan perayaan Deepavali, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Pinang, Lim Siew Khim tampil menyantuni 50 keluarga masyarakat India kurang berkemampunan di Kampung Rawa dan Bukit Dumbar di sini baru-baru ini.

“Walaupun pemberian ini tidak seberapa, sekurang-kurangnya ia dapat meringankan sedikit bebanan dan menceriakan sambutan Deepavali mereka tahun ini,” katanya mengulas lanjut.

Siew Khim dalam pada itu turut berhasrat menjadikan penyampaian hamper dan keraian Deepavali sebagai satu tradisi di Dewan Undangan Negerinya (DUN) dengan tujuan memberi ‘cahaya’ kegembiraan kepada golongan berkaitan.

Selain beras, beliau turut menyampaikan sumbangan makanan asas lain seperti gula, kordial, biskut dan minyak masak.