GEORGE TOWN – Pernah ditubuhkan Jawatankuasa Pilihan Mengenai Perhubungan Negeri dan Persekutuan pada 24 November 2022, pada petang ini, wakil Parti Keadilan Rakyat (PKR) sekali lagi membawa usul supaya mengaktifkan jawatankuasa tersebut.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Machang Bubuk, Lee Khai Loon memberitahu bahawa usul mengaktifkan semula jawatankuasa itu bukan sahaja bertujuan mencetuskan konfrontasi antara Pihak Berkuasa Negeri dan Persekutuan, sebaliknya juga demi memastikan hak negeri serta suara rakyat Pulau Pinang tidak diketepikan pada peringkat yang lebih tinggi.
“Menuntut penurunan kuasa dan hasil daripada Kerajaan Persekutuan bagi menambah tahap autonomi Kerajaan Negeri dalam membuat keputusan yang menyentuh kepentingan rakyat di peringkat tempatan,” jelasnya dalam Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang ke-15 di sini pada 22 Mei 2025.
Di samping itu, Khai Loon memberitahu Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang, Datuk Seri Law Choo Kiang bahawa usaha mengaktifkan semula jawatankuasa itu akan membolehkan Kerajaan Negeri memainkan peranan lebih bermakna dalam sektor pembangunan, infrastruktur, sosial dan ekonomi Pulau Pinang.
Di samping itu, beliau mencadangkan ADUN Bukit Tengah, Gooi Hsiao-Leong mempengerusikan jawatankuasa tersebut, serta dianggotai Dato’ Azrul Mahathir Aziz (Timbalan Speaker Dewan Pulau Pinang merangkap ADUN Bayan Lepas), Teh Lai Heng (ADUN Komtar), Tan Hooi Peng (ADUN Seri Delima), Khai Loon, Muhammad Fauzi Yusoff (Ketua Pembangkang Pulau Pinang merangkap ADUN Sungai Dua) dan Izhar Shah bin Datuk Arif Shah (ADUN Seberang Jaya).
Selepas sesi perbahasan usul, sekalian anggota persidangan Dewan sebulat suara bersetuju untuk mengaktifkan usul Jawatankuasa Pilihan Mengenai Perhubungan Negeri dan Persekutuan tersebut.
Pada petang ini, usul untuk mengaktifkan semula jawatankuasa itu dibentang tanpa dibahaskan kerana melihat releven bagi mempererat hubungan pentadbiran antara Kerajaan Negeri dan Persekutuan, selain memberi lebih fungsi kepada Dewan Undangan Negeri.
Oleh : ZAINULFAQAR YAACOB