ADUN turun padang bantu mangsa banjir

Admin

TURUN PADANG … Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Delima, Syerleena Abdul Rashid turut sama turun padang baru-baru ini bagi membantu mangsa yang terjejas akibat banjir kilat di Kampung Sungai Gelugor, Taman Buah Pala dan Hilir Pemancar, Sungai Gelugor.

Syerleena membantu membersihkan rumah salah seorang mangsa banjir.

Selain meninjau keadaan semasa, beliau turut menyediakan makan tengah hari kepada mangsa yang terjejas dan sukarelawan yang terlibat membantu memulihkan keadaan.

“Saya telah meminta pegawai saya untuk membatalkan kesemua program saya pada hari ini (25 November) supaya saya dapat memberi tumpuan kepada mangsa-mangsa banjir dan lebih berwaspada dengan keadaan cuaca semasa,” ujarnya yang turut meninjau keadaan mangsa di Masjid Jamek Sungai Gelugor, di sini.

Difahamkan, keadaan banjir kilat sudah beransur pulih dan kerja-kerja membersihkan kediaman giat dijalankan.