AKM bakal mudahkan bayar saman & bil MPPP

GEORGE TOWN – Proses pembayaran saman dan lain-lain bil dikelola Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) kini menjadi lebih mudah apabila pihak berkuasa tempatan ( PBT ) terbabit memperkenalkan penggunaan auto kiosk machine (AKM) berhubung inisiatif berkaitan di sini baru-baru ini.

Yang di-Pertua MPPP, Dato’ Patahiyah Ismail berkata, sebagai permulaan, AKM yang kini masih dalam tempoh percubaan hanya ditempatkan di Padang Kota Lama di sini.

“Mesin ini masih dalam tempoh percubaan . Memandangkan ia pertama kali diperkenalkan , kita (MPPP) nak pastikan tiada masalah apabila ia dilancarkan nanti.

“ Malah , dengan pelancarannya kelak, orang ramai tidak lagi perlu menunggu lama atau mengelak daripada membayar saman MPPP,” ujarnya ketika ditanya berhubung pengenalan AKM selepas Mesyuarat Biasa Majlis di Dewan Bandaran sini.

Turut serta, Setiausaha Perbandaran, Ir. Ang Aing Thye dan Ahli Majlis MPPP, Joseph Ng Soon Siang.

AKM yang disewa pada kadar RM3 , 600 sebulan dijangka beroperasi dari 7 pagi hingga 12 tengah malam dan mampu menerima bayaran secara tunai mahupun cek.

Ketika ditanya berhubung kemungkinan pelaksanaannya diperluaskan ke kawasan lain dalam tempoh terdekat , Patahiyah dalam responsnya memberitahu bahawa ia bergantung kepada sambutan dan penerimaan masyarakat.

“Mungkin lebih banyak mesin akan disewa sekiranya mendapat sambutan menggalakkan kelak,” ujar beliau.}