Asnaf terpilih KADUN Seberang Jaya terima sumbangan sempena Ramadan

Admin

SEBERANG JAYA – Seramai 20 orang asnaf, ibu tunggal dan warga emas terpilih dari kawasan Dewan Undangan Negeri (KADUN) Seberang Jaya menerima sumbangan bersempena bulan Ramadan.

Sumbangan daripada Majlis Pengrusan Komuniti Kampung (MPKK) Jalan Hussien Onn tersebut disampaikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seberang Jaya merangkap Exco Pertanian & Industri Asas Tani, Pembangunan Luar Bandar dan Kesihatan, Dr. Afif Bahardin.

Dr. Afif Bahardin pada majlis berbuka puasa bersama seluruh MPKK di kawasan Seberang Jaya.

Afif berkata, pemberian sumbangan hamper berkenaan adalah bagi meringankan beban penerima sempena bulan Ramadan dan untuk membuat persiapan Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang tidak lama lagi.

“Hari ini kita adakan majlis berbuka puasa bersama seluruh Majlis Pengrusan Komuniti Kampung (MPKK) dalam Seberang Jaya (11 MPKK) dan penduduk kawasan sekitar serta menyampaikan sumbangan kepada asnaf.

“Ini merupakan program ketiga yang kita adakan selepas menyampaikan sumbangan yang sama untuk golongan yang memerlukan di Taman Siakap dan Kampung Taman Baru sebelum ini,” katanya.

Oleh : SUNARTI YUSOFF

Gambar : ADUN