Bahagian Perlesenan MPPP

Admin

 

Jenis Aktiviti Yang Memerlukan Lesen

  1. Premis makanan
  2. Perniagaan atau perindustrian
  3. Rumah urut
  4. Kandang lembu/kuda
  5. Memelihara khinzir
  6. Pasar persendirian
  7. Tempat letak kereta persendirian
  8. Iklan
  9. Iklan sementara (kain rentang/sepanduk)
  10. Garaj
  11. Tempat hiburan awam
  12. Penjaja
  13. Gerai jalan awam/ gerai tanah swasta
  14. Gerai bermusim
  15. Kenderaan tanpa motor
  16. Pusat penjagaan haiwan
  17. Perniagaan kecil
  18. Beca awam
  19. Gerai pasar, tapak penjaja sementara
  20. Kilang/industri
  21. Perhotelan

 

Cara Memohon Lesen Untuk Pelbagai Perniagaan

  1. Dapatkan boring permohonan (Borang Komposit) di kaunter Bahagian Perlesenan (BP).

  2. Isikan boring lengkap dengan sertakan dokumen yang diperlukan.

  3. Kemukakan borang di BP dan surat akuan terima akan dihantarkan kepada pemohon.

  4. Pegawai-pegawai Majlis akan membuat pemeriksaan di premis mengikut permohonan anda.

  5. Pemohon akan dihubungi melalui surat sama ada permohonan diluluskan atau ditolak sebelum sebarang surat pengeluaran lesen disahkan.

Cara Membuat Lesen Untuk Penjaja dan Gerai

  1. Dapatkan borang di kaunter Jabatan Perlesenan (JP).

  2. Isikan boring lengkap dengan sertakan dokumen yang diperlukan.

  3. Kemukakan borang di JP dan kad akuan terima akan dihantarkan kepada pemohon.

  4. Untuk gerai pasar, tapak penjaja sementara dan kompleks majlis, pemohon akan dipanggil untuk temuduga apabila terdapat kekosongan gerai.

  5. Untuk penjaja (statik/beredar), pegawai-pegawai Majlis akan membuat pemeriksaan ke atas tapak lokasi mengikut pemohonan.

  6. Pemohon akan dihubungi melalui surat berkenaan keputusan permohonan.