BBW Book Sale 2025 kembali, lebih sejuta pilihan buku mampu milik

Admin
711a227c 69aa 4af9 9a88 b1e093d5b6cb

AIR ITAM – Orang ramai mula membanjiri Sunshine Central di sini sempena penganjuran Big Bad Wolf (BBW) Book Sale 2025, dengan tawaran lebih sejuta naskhah buku, meliputi lebih 200 judul pelbagai genre pada harga mampu milik, bermula hari ini hingga 10 Ogos ini.

 

Exco Pelancongan dan Ekonomi Kreatif, Wong Hon Wai berkata, inisiatif penganjuran seperti BBW memainkan peranan penting dalam menggalakkan tabiat membaca, memperluas akses kepada ilmu pengetahuan serta membentuk masyarakat celik ilmu merentasi semua peringkat usia.

 

whatsapp image 2025 07 31 at 13.46.48
WONG Hon Wai menyempurnakan majlis perasmian Big Bad Wolf (BBW) Book Sale 2025.

 

“Ia bukan sekadar jualan buku, tetapi sebuah gerakan global yang membawa mesej bahawa ilmu bukan untuk golongan tertentu sahaja, tetapi hak semua.

 

“Apabila lebih ramai membaca, masyarakat kita akan menjadi lebih kuat (minda) dan berdaya saing,” ujarnya semasa menyempurnakan majlis perasmian berkaitan di sini, hari ini.

 

Tambah beliau, festival jualan buku seperti ini membawa impak positif kepada komuniti setempat, termasuk dalam aspek ekonomi, pelancongan, pendidikan serta pembangunan budaya ilmu.

 

whatsapp image 2025 07 31 at 13.46.50
PENGUNJUNG mula membanjiri Sunshine Central sempena Big Bad Wolf Book Sale 2025 yang menawarkan pelbagai jenis buku terlaris pada harga mampu milik.
13ac0767 f75f 44f6 a473 bf8a3ed5d595
ANTARA sudut jualan buku kanak-kanak dan aktiviti yang menarik perhatian ibu bapa serta anak-anak.

“Saya lihat ada sinergi yang kuat antara BBW dan misi kerajaan negeri untuk menjadikan Pulau Pinang bukan sahaja destinasi pelancongan warisan dan makanan, tetapi juga sebagai hab ilmu dan kreativiti,” katanya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paya Terubong.

 

Hon Wai, yang juga peminat buku sejarah dan pembangunan diri, berkata, BBW membuka ruang kepada semua lapisan masyarakat untuk mengakses bahan bacaan berkualiti dengan harga yang amat berpatutan.

 

Beliau turut mengajak orang ramai untuk menyokong inisiatif ini dan menyemai semula budaya membaca sebagai asas pembinaan masyarakat berpengetahuan.

 

 

 

Turut hadir, ADUN Air Itam, Joseph Ng Soon Siang; Ketua Pegawai Eksekutif Sunshine Central, Cynthia Hwang; Pengarah Perniagaan BBW Books, Bernard Lee; Ketua Komersial BBW, Jeremy Sew; serta Pengurus Kumpulan Komunikasi Pemasaran Sunshine Central, Bryan Wong.

 

Oleh: M. DANESWARAN
Gambar: LAW SUUN THING